Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
.
Ads
Langkah 1:
Sediakan Bahan-Bahan:
300ml penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
.
Langkah 2:
Ads
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Ads
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selalu kita hanya beli tauhu cukup-cukup untuk sekali masak sahaja. Kita tak nak beli banyak sebab bimbang tauhu rosak sekali gus merugikan kita. Nah, RASA kongsikan tip cara simpan tauhu supaya tauhu lebih tahan lama.
PERIKSA TAHU SEBELUM BELI
1. Ketika membeli tauhu pastikan bahagian luar tauhu tidak berlendir.
2. Cium bau tauhu. Jika bau kurang menyenangkan, jangan beli.
CARA MENYIMPAN
1. Setelah beli dan sampai di rumah, terus bersihkan tauhu di bawah air mengalir, kemudian toskan.
2. Simpan tauhu dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
3. Tip tauhu tahan lebih lama. Isikan air dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagian tauhu terendam sepenuhnya.
4. Tukar air setiap hari.
5. Jangan potong tauhu. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.
Mudahkan? Dengan cara ini korang boleh simpan tauhu lebih lama. Sekurang-kurangnya tiga hari boleh tahan dalam peti ais.
Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Teknik sukat tepung pun ada kongsi? Ha… Sukat tepung ni memanglah antara perkara ‘basic’ dalam masakan terutamanya bila anda ‘baking’, tetapi pernahkah terjadi situasi dimana anda sukat tepung dah betul, tapi bila kali kedua nak buat resipi yang sama, menggunakan cawan yang sama, hasil biskut dan kek tu jadi lain. Ada yang adunan lembik, terkeras, terlebih tepung dan sebagainya.
Menerusi perkongsian saudari Yatie Eimra, beliau kongsikan beberapa tip dan panduan mengenai sukatan tepung yang boleh anda semua cuba. Ilmu ini diperolehi berdasarkan pengalaman dan pembelajaran beliau dalam pembuatan kek dan biskut.
Teknik menyukat tepung ini sebenarnya ilmu paling asas yang perlu diketahui kerana ia sangat mempengaruhi hasil akhir produk yang dihasilkan. Jom ketahui cara-caranya.
ANTARA KESILAPAN BILA SUKAT TEPUNG MENJADIKAN TEPUNG JADI MAMPAT
1. TERUS GUNA CAWAN UNTUK CEDUK TEPUNG
2. HENTAK CAWAN KETIKA MENYUKAT MENJADIKAN TEPUNG MAMPAT.
Biasanya bila sukatan tepung dalam cawan tak cukup, anda akan tambah balik tepung menjadikan ia berlebihan.
3. MENEKAN TEPUNG MASA PROSES MERATAKAN TEPUNG DALAM CAWAN PENYUKAT
Teknik meratakan itu sudah betul cuma bila anda meratakan tepung sambal menekan, tepung akan jadi mampat. Untuk sukatan 1-2 cawan, biasanya tiada begitu bermasalah tetapi bila dibuat dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan resipi.
ANTARA KESILAPAN-KESILAPAN LAIN MASA MENYUKAT
1. SUKAT TEPUNG MAIN AGAK-AGAK JE
Sukatan tak betul-betul sampai paras atas cawan. Biasanya anda main agak-agak sahaja tepung tu sama level. Jika secawan, mungkin tiada beza, tetapi jika tepung diperlukan dalam kuantiti banyak cawan, sudah tentu sukatannya akan lari. Sebab tu hasil biskut dan kek anda pun kadang menjadi, kadang kelaut.
2. GONCANG CAWAN SUKATAN UNTUK RATAKAN TEPUNG.
Cara ini sebenarnya boleh menyebabkan terlebih tepung kerana masa goncang cawan, tepung akan memenuhi semua ruang dalam cawan dan akan mampat sedikit demi sedikit.
3. SUKAT TEPUNG MEMBUMBUNG DAN RATAKAN TETAPI MASA TUANG TEPUNG DALAM CAWAN, TAK PENUH SEKATA.
Ini menyebabkan ada ruang @ lompong. Jadi bila adunan dalam kuantiti yang banyak, timbangan berat tepung akan terkurang dari sukatan yang sepatutnya.
4. SUKAT TEPUNG MEMBUMBUNG TANPA RATAKAN.
Tak ramai yang buat macam ni, tetapi ada.
TIP MENYUKAT TEPUNG
1. Sebaik-baiknya, ayak atau gemburkan tepung terlebih dahulu SEBELUM disukat menggunakan cawan atau penimbang.
2. Ratakan tepung dalam cawan menggunakan pisau atau belakang sudu yang rata agar sama parasnya.
CARA MENYUKAT TEPUNG
KAEDAH 1: KAUP GUNA SCOOP/ SENDUK/ SUDU
Untuk menceduk tepung dari bekas atau plastik, gunakan scoop atau jika tiada, boleh gunakan senduk atau sudu. Sudukan tepung dan masukkan ke dalam cawan penyukat. Tambah tepung hingga penuh sekata dan membumbung. Kemudian ratakan gunakan belakang pisau.
KAEDAH 2: TUANG TERUS DARI PLASTIK PEMBUNGKUS
Terus tuang tepung dari dalam plastik pembungkus ke dalam cawan penyukat. Tambah tepung hingga penuh sekata dan membumbung. Kemudian ratakan gunakan belakang pisau.
INFO
1. Mungkin ada yang akan cakap, “selama ni sukat teknik salah, tapi ok jer. Menjadi jer kek/biskut raya. Tak jejas ape pun”.
Tak dinafikan, banyak lagi faktor lain yang mainkan peranan seperti saiz telur, cara dan teknik masa mengadun adunan dan sebagainya.
2. Andai selama ini anda secara KONSISTEN sukat cara yang salah, tetapi kek dan biskut tetap menjadi biskut dan kek.
Kek dan biskut tetap menjadi cumanya anda mungkin tak pernah tahu tekstur sebenar kek dan biskut tersebut jika tepung disukat dengan betul.
Contohnya selama ni buat kek semuanya terlebih tepung, kek tetap menjadi cumanya agak kering. Jika tepung disukat dengan betul, baru tau rupa-rupanya resipi yang sama tapi tekstur sebenar kek tu lebih lembap dan lembut je.
3. Selalunya kalau anda sukat tepung dengan teknik yang betul, insyaAllah hasil akhir bakeri anda akan lebih konsisten. Masalah kek bantat dan kek mendap pun boleh diatasi.
4. Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza ±5–10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ini juga bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara/teknik menyukat.