Kentang goreng panjang atau french fries potato stick ini antara makanan viral masa kini. Ia antara makanan yang selalu ditawarkan di festival makanan dan sekarang semakin banyak gerai tepi jalan yang menjualnya.
Tapi kentang goreng panjang ini boleh juga kita buat sendiri di rumah. Lagi jimat sebenarnya. Boleh buat dengan anak-anak kerana bahan dan cara membuatnya senang saja.
800 gram kentang dipotong kecil
1/2 sk garam
1 1/2 cawan tepung jagung
Plastik Ziplock
Bahan sos
Mayones
Sos sriracha atau sos cili
Daun parsley kering
1. Kentang direbus dan dilecek hingga hancur.
2. Masukkan tepung jagung dan garam kemudian gaul rata adunan.
3. Masukkan adunan dalam plastik ziplock kemudian ratakan ikut ketebalan seperti kentang goreng. Simpan adunan dalam peti ais supaya keras.
4. Selepas keras, keluarkan dari peti ais kemudian gunting atau potong plastik ziplock.
5. Potong memanjang kentang goreng.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
7. Satukan semua bahan sos dan hidang bersama kentang tadi.
Kredit resipi : Tine’s Homemade Foods