Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
.
Bahan mesti segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
.
Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
Ads
.
Bancuh sos secara berasingan.
Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera dihidangkan
Ads
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
.
Penyedap rasa yang unik
Ads
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.
.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan ayam goreng ‘spicy’ pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam spicy yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba! Anda pasti sukakan raanya.
RESIPI AYAM GORENG SPICY RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair. Penting supaya ayam bersalut rata.
2. Masukkan potongan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam tadi dan golekkan dalam campuran tepung. Salut ayam hingga bersalut rata.
5. Goreng ketulan ayam tadi dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
6. Ayam Goreng Spicy sedia untuk dinikmati. Sesuai dimakan bersama sos atau mayones.
Bila terkenangkan kampung halaman, pastinya kita merindui masakannya juga. Buat Norfazida kuih tradisi seperti Batil Pisang ini sering mengingatkannya dengan emak yang sering membuat kuih orang banjar ni, kalau tak letak pisang mak akan letak nangka. Jadi kalau ada stok pisang di dapur, jomlah kita membuat kuih tradisi ini.
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan kecuali pisang. Blender hingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas mengandungi pisang. Kacau sekata. 2.Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Sapukan sedikit minyak pada loyang 9″. Tuangkan adunan ke dalam loyang. 3.Kukus selama 20 minit.
Bahan lapisan atas: 3 cawan santan pekat 1 cawan tepung beras ½ sudu kecil garam
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan ke dalam periuk/kuali. Masak sebentar hingga berwap. 2.Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak. Boleh cakar-cakarkan sedikit permukaan bahagian bawah supaya melekat dengan elok dengan bahagian atas. 3.Kukus lagi selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong untuk mendapat potongan kuih yang cantik. 4.Siap untuk dihidang.
Apa agaknya hidangan yang hendak dimasak untuk bersahur nanti? Selain tumis telur dan ikan bilis, boleh cuba buat nasi goreng. Nak lagi sedap boleh cuba masak resipi Nasi Goreng Tomyam Padu seperti yang dikongsikan oleh Noorhafizah Ismail ini. Lengkap sajiannya, ada nasi udang, ada sotong. Sayur-sayuran pun ada. Mesti seisi rumah suka.
RESIPI NASI GORENG TOMYAM THAI PADU
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Udang/sotong
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk/kisar sekali – BELI ONLINE
Satu sudu besar cili kisar (nak bagi nampak merah)
Daun limau purut (diracik) –BELI ONLINE
Serai (dihiris nipis)
Cili padi (ditumbuk/dikisar) –BELI ONLINE
Kiub pati tomyam
Kubis bunga (dipotong kecil)
Lobak merah (dipotong kecil)
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar.
2. Agak-agak sudah naik bau, masukkan kiub pati tomyam, daun limau purut dan serai. Kacau sebati. Masukkan sedikit air kalau pekat.
3. Seterusnya masukkan udang. Kacau seketika.
3. Agak-agak sudah hendak kering, masukkan nasi. Kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur-sayuran.
4. Masukkan perasa. Garam letak sedikit sahaja sebab kiub pati tomyam pun ada rasa masin juga.
5. Siap. Bolehlah dimakan bersama keropok keping yang sudah siap digoreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!