Buat Sendiri Kerabu Thai Yang Diakui Sedap Satu Dunia.

Share

Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.


.

Bahan mesti segar.

Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.


.

Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.

Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.


.

Bancuh sos secara berasingan.

Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.

Segera dihidangkan

Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.


.

Penyedap rasa yang unik

Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.

Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.


.

KERABU SOTONG DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 3 batang serai | hiris halus
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

LANGKAH DEMI LANGKAH:

  1. Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
  2. Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
  4. Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
  5. Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin