Suka makan Kerepek Pisang tapi tak pernah buat sendiri? Ini ada resipi mudah perkongsian saudari Khaula Anis yang boleh kita cuba. Resipinya cukup mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Rasanya pula cukup. Lemak, masin, rangup, semua lengkap. Warna kerepek pun cantik walaupun tidak menggunakan air garam dan serbuk kunyit. Beliau juga kongsikan rahsia dari peniaga kerepek dimana jika ingin kerepek yang beraroma enak, tambahkan 2-3 hiris bawang putih semasa menggoreng. Wow… Bolehlah cuba. Untuk resipi ini, boleh dapat kerepek dalam 2 balang bersaiz sedang.
RESIPI KEREPEK PISANG MUDAH, SEDAP & RANGUP
BAHAN-BAHAN:
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit pisang. Empunya resipi guna pisang berangan.
2. Dalam kuali bersesuaian, panaskan minyak masak bersama marjerin. Biarkan marjerin larut.
3. Sagat pisang menggunakan penyagat dan masukkan ke dalam periuk berisi larutan minyak dan marjerin tadi.
4. Goreng hingga garing dan berwarna kuning keemasan.
5. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Khaula Anis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official