Musim cuti sekolah, biasalah anak-anak semua ada di rumah. Jadi sebagai ibu bapa, pastinya kita hendak menyediakan makanan dan kudapan buat mereka. Jadi apa kata cuba buat kerepek popia cheese pedas untuk menambat selera mereka.
BAHAN-BAHAN
Sebungkus kulit popia
Minyak masak untuk menggoreng
8 sudu besar serbuk keju
2 sudu besar serbuk cili
4 sudu besar gula
CARA MEMBUAT
1. Gunting kulit popia bentuk segiempat, kecil-kecil sehingga habis sebungkus.
2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan.
3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.
4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.
5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.
6. Sedia untuk dimakan.
*Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju.
Kredit resipi Maisarah Sidi