Makan

Buat Sendiri Keropok Lekor Memang Puas Hati Makan

Share

Kalau pergi ke Terengganu, keropok lekor tidak pernah lupa dibeli. Kalau biasa yang dijual sukar juga nak dapat yang betul-betul rasa ikan
yang banyak. Kalau dah suka makan keropok lekor, boleh buat sendiri ikut resepi yang dikongsi ini. Pertama kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendiri
mujur menjadi. Boleh guna ikan temenung lemak memang enak rasanya.

KEROPOK LEKOR
Bahan-bahan:

20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder

Cara membuat:
1.Blend isi ikan dengan sedikit air (agak-agak bagi boleh blend)
2.Gaulkan isi ikan yang telah diblend dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. Tak perlu tambah air.
3.Uli sampai jadi doh.Lepas tu letak sikit minyak bagi doh licin.
4.Gentellah jadi panjang mana yang anda nak.
5.Masa nak gentel tu letak sikit minyak dekat pelapik supaya tak melekat.
6.Sambil tu boleh rebuskan air dulu dalam kuali besar.
7.Selepas air mendidih, masukkan keropok yang dah digentel tadi.Masak sampai keropok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok.
8.Toskan dan sejukkan sebelum dipotong.

Sos pencicah
3 sudu cili kering yang dikisar
1 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam dan ajinomoto
1 ketul gula merah
Sedikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung

Cara membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung.
2.Kacau sampai mendidih,baru masukkan bancuhan tepung jagung.
3.Kacau sampai likat.Tutup api

Kredit : Ayu Hidayu

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Putri