
Ikan siakap, bawal atau apa-apa sahaja ikan saiz besar, memang sedap kalau dimasak 3 rasa. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis menjadikan hidangan lebih enak dan tidak muak. Kalau makan di kedai, memang mahal. Jadi jom cuba buat sendiri kuah Ikan 3 air tangan sendiri. Tak perlu pun beli sos ‘ready-made’. Rasa lebih sedap dan boleh jimat banyak.
CARA MASAK KUAH IKAN 3 RASA MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan ikan lain
- Garam
BAHAN KUAH:
- 2 sudu makan MAGGI®️ Sambal Tumis
- MAGGI®️ Sos Cili
- MAGGI®️ Sos Tomato
- MAGGI®️ Sos Tiram
- Sos ikan
- Jus limau
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar @ bawang Holland – potong dadu
- 1/4 biji nanas segar – potong dadu (jika kecil, guna 1/2 biji)
- 1 biji tomato – potong dadu
- 10 biji cili padi – potong
- 1 batang serai – hiris
- Daun ketumbar – hiasan
- Sedikit air
- MAGGI CukupRasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan siakap. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.
- Tumis bawang putih, MAGGI®️ Sambal Tumis dan semua sos di atas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.
- Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.
- Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa mengikut selera masing-masing.
- Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nanas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.
- Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
PETUA: Untuk rasa lebih enak, sebaiknya guna nanas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.
Kredit foto : Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
‘Resipi Berani MAGGI®’ Cungkil Rahsia Keberanian Sebenar Wanita

MAGGI® melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya – Resipi Berani MAGGI®, sebagai sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM). Siri realiti TV ini disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021, menampilkan lapan peserta yang akan melalui satu siri cabaran kulinari dan keusahawanan yang ditetapkan oleh tiga mentor MAGGI®.
Siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® bertujuan untuk memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020.
Salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk mencuba sesuatu yang baru – bak kata pepatah Tak Kenal, Tak Cinta.
Hampir 1,000 wanita mengambil bahagian dalam Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang diadakan dengan kerjasama program Women’s Will anjuran Google pada tahun lepas. Daripada ini, lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam siri realiti TV yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad mereka untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah, terutama dalam berhadapan realiti hari ini.
Dalam program Resipi Berani MAGGI®, mentee akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut:
– Kemahiran Perniagaan,
– Kemahiran Digital dan Memasak
– Sesi bimbingan maklum balas dengan tiga Mentor MAGGI® – Ikon Masakan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.
Pemenang utama Resipi Berani MAGGI® akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan program bimbingan peribadi selama lapan minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000.
Lapan finalis yang tampil dalam siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® ini terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah – Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd Isa dan Siti Aishah Abd Razak.

Bercakap pada acara pelancaran, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Pelancaran Resipi Berani MAGGI® ini adalah sangat bermanfaat dan mengujakan, kerana ini membuktikan kejayaan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2020.
Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, yang akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membuka langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru seterusnya membawa perubahan positif bagi diri mereka dan juga kepada insan yang mereka sayangi.
Kami telah melihat bagaimana para mentee dapat melangkah keluar dari zon selesa mereka, mengatasi cabaran dan merasai peningkatan kemahiran di bawah bimbingan Mentor yang berwibawa. Kami berharap agar dapat terus menyokong lebih banyak wanita melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2021.”
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dianjurkan dengan kerjasama program Google’s Women’s Will akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2021. Peserta terpilih juga berpeluang untuk menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif serta serba baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® dan pendaftaran bengkel, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/
Buat anda yang ketinggalan episod terdahulu, boleh mengikuti program realiti ini di capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/resipi-berani-maggi/
Jangan lupa tonton episod 5&6 di TV3 , setiap Rabu jam 5.30 petang.
Sedapnya Lempeng Kapit Keju, Gerenti Anak-Anak Suka.

Anak-anak bila cuti asyik nak makan je, mesti mak-mak pening nak masak apa lagi. Dah macam-macam menu masak, tapi kalau risau anak jemu ini ada idea sempoi yang boleh dicuba, Lempeng Kapit, Inti Keju yang sungguh sedap dan senang je nak buat. Apa kata kalau ajak anak-anak buat sekali, barulah meriah di dapur. Senang ye, jangan tak cuba.

LEMPENG KAPIT INTI KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula pasir
- Secubit garam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 biji telur |kacau
- 300ml susu cair
- 2 sudu makan mentega |cairkan
BAHAN INTI:
- Keju parut secukupnya
- Susu pekat manis secukupnya
- Mentega secukupnya | untuk dioleh pada permukaan lempeng
CARA MEMASAK:
1. Campur tepung gandum, gula pasir, garam dan serbuk penaik. Gaul rata.
2. Tuangkan susu dan telur ke dalam bekas berisi campuran tepung.
3. Adun rata supaya tidak bergentel.
4. Tambahkan mentega yang telah dicairkan, adun lagi hingga sebati.
5. Seterusnya panaskan kuali non stick dengan api kecil.
6. Setelah kuali panas satu senduk kecil adunan di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan ia mengembang berlubang-lubang.
8. Setelah masak sepenuhnya, angkat sapu permukaan dengan mentega, diikuti susu cair.
9. Akhir taburkan parutan keju dan lipat. Lakukan hingga adunan habis.
4 Resipi Berkhasiat Dengan Sumber Segar Dari Pasar Tani


Ramai di antara masyarakat kita yang masih belum sedar tentang kebaikan pengambilan makanan mengikut sistem piramid makanan. Salah satu sebabnya ialah kerana kekangan untuk mendapatkan sumber bekalan makanan yang segar dan berkualiti.
Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan ratusan outlet Pasar Tani di seluruh negara. Pasar Tani yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 telah menjadi ‘Pasar Pilihan’ lebih dari 35 tahun.

MENEPATI CITARASA PENGGUNA
Pelbagai produk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di Pasar Tani dibawa terus dari ladang kepada pengguna. Pasar Tani adalah medan pertemuan di antara petani dan pengguna.
Lokasinya yang tersusun, bersih serta sistematik dapat menjamin kualiti dan kepuasan kepada para pengunjung.


PEMERIKSAAN BERKALA
Demi keselamatan pengguna, pihak FAMA telah mengambil langkah yang terbaik bagi memastikan penularan penyakit berjangkit COVID-19 dapat dielakan dengan mengamalkan SOP yang sangat ketat.
Pasukan keselamatan sentiasa memantau kehadiran pengunjung di sekitar lokasi Pasar Tani bagi memastikan segala SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi oleh semua pengunjung. Dengan ini, pengunjung boleh berbelanja dengan hati yang senang dan selamat.
FAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap para peniaga. Ia adalah langkah bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan.
Jadi untuk anda yang menggemari buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai keperluan yang segar, berkualiti dan menepati pelbagai cita rasa, datanglah ke Pasar Tani yang berdekatan dengan lokasi anda.

LOKASI BERDEKATAN DENGAN PENGGUNA
Layari laman sesawang Pasar Tani di http://pasartani.fama.gov.my/bm/about untuk dapatkan lokasi Pasar Tani yang berdekatan dengan anda.
Jika anda ingin mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan secara atas talian, anda boleh merancang pembelian secara online di Agrobazaar Online: www.agrobazaar.com.my.
Selain itu untuk mendapatkan butiran lanjut atau info-info terkini tentang Pasar Tani, anda boleh melayari Facebook Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Jadilah pengguna yang bijak dengan menyokong produk tempatan bagi menjana ekonomi negara.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti yang boleh didapati hanya di Pasar Tani.

KERABU PERIA KATAK

BAHAN-BAHAN:
5 biji peria katak | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
5-6 biji cili padi | hiris
Ikan bilis | goreng garing
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam peria dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit. Angkat dan toskan.
2. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukan bawang dan cili padi yang telah dihiris tadi.
3. Perahkan asam limau dan gaul rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah penyedap rasa jika suka.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan.
5. Sesuaikan rasa agar semua rasa masam, masin dan manis sekata.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
KHASIAT:
Membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan melancarkan kitaran haid.
AIR JAGUNG 3 LAYER

BAHAN-BAHAN:
Bahan pes jagung segar
2 tongkol jagung| disagat
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
BAHAN UNTUK AIR:
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka |dijadikan sirap gula melaka
1 sudu makan kordial perasa jagung
Air batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Hiris isi jagung dan rebus dengan air dan gula. Sejukkan seketika dan kisar kasar.
2. Kemudian masak sekali lagi sehingga mendidih dan pekat hingga menjadi seperti pes. Ketepikan.
3. Sediakan gelas dan tuangkan sirap gula melaka. Kemudian masukkan ketulan ais batu.
4. Tuang susu cair ikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian tuangkan kordial perisa jagung.
5. Akhir sekali letakkan pes jagung manis segar secukupnya.
6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mencegah sembelit dan menguatkan sistem imun badan.
ROCK MELON GRILLED WITH SALMON

BAHAN-BAHAN:
½ biji rock melon | dipotong memanjang
1 keping ikan salmon | potong nipis
2 ulas bawang putih | diketuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan chili flakes
1 sudu makan mixed herbs
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya.
½ biji lemon
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan rock melon ke dalam bekas. Masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam, dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan ikan salmon bersama mixed herbs, lada hitam dan bawang putih yang diketuk, sedikit garam dan minyak zaitun. Perap 15 minit atau lebih.
3. Panaskan pan dan panggang rock melon hingga warna bertukar sedikit perang. Balik-balikkan agar tidak hangus. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian masukkan salmon yang telah diperap bersama minyak zaitun tadi. Panggang sehingga masak.
5. Angkat dan hidangkan bersama rock melon panggang tadi. Taburkan chilli flakes dan perah sedikit hirisan lemon.
6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mengawal kolestrol.
MI SEGERA SUP AYAM UTARA AGROMAS

BAHAN-BAHAN:
1 paket Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas
2 keping isi ayam | dipotong menjadi kepingan kecil
1 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji telur
5 batang daun sawi
½ batang lobak | dihiris halus
1 biji cili merah | dihiris
1 batang daun bawang | dipotong
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak.
2. Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan kacau rata hingga ayam sedikit masak dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan perencah Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur. Setelah telur sedikit masak kemudian masukkan Mee Sup Utara AgroMas. Kacau.
5. Masukkan lobak merah dan sawi. Biarkan mendidih seketika sehingga mi segera lembut. Tambah air jika perlu.
6. Setelah masak, angkat dan taburkan daun bawang dan cili potong. Sedia dinikmati.
JOM MENANG HADIAH LUMAYAN DENGAN MENYERTAI PERTANDINGAN VIDEOGRAFI AGROMAKANAN!

Anda seorang yang kreatif dalam mengambil video? Jom serlahkan kreativiti anda dengan produk Fama dan menangi hadiah lumayan!
Pelbagai kategori yang boleh disertai, antaranya sayur dan buah, ternakan, akuakultur, industri makanan dan agrotourism.
Untuk menyertai peraduan ini, boleh klik di link yang disediakan:

