Ikan siakap, bawal atau apa-apa sahaja ikan saiz besar, memang sedap kalau dimasak 3 rasa. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis menjadikan hidangan lebih enak dan tidak muak. Kalau makan di kedai, memang mahal. Jadi jom cuba buat sendiri kuah Ikan 3 air tangan sendiri. Tak perlu pun beli sos ‘ready-made’. Rasa lebih sedap dan boleh jimat banyak.
CARA MASAK KUAH IKAN 3 RASA MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan ikan lain
- Garam
BAHAN KUAH:
- 2 sudu makan MAGGI®️ Sambal Tumis
- MAGGI®️ Sos Cili
- MAGGI®️ Sos Tomato
- MAGGI®️ Sos Tiram
- Sos ikan
- Jus limau
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar @ bawang Holland – potong dadu
- 1/4 biji nanas segar – potong dadu (jika kecil, guna 1/2 biji)
- 1 biji tomato – potong dadu
- 10 biji cili padi – potong
- 1 batang serai – hiris
- Daun ketumbar – hiasan
- Sedikit air
- MAGGI CukupRasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan siakap. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.
- Tumis bawang putih, MAGGI®️ Sambal Tumis dan semua sos di atas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.
- Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.
- Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa mengikut selera masing-masing.
- Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nanas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.
- Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
PETUA: Untuk rasa lebih enak, sebaiknya guna nanas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.
Kredit foto : Shutterstock