Makan tengah hari kita masak yang simple saja. Buat Kuey Teow Kungfu dengan isi yang banyak confirm puas sekeluarga makan. Jika makan di kedai rasa macam tak puas, buat sendiri suka hati nak letak bahan yang disukai. Jadi yang teringin nak masak dikongsikan resipi membuatnya.
KUEY TEOW KUNGFU
Bahan-bahan untuk goreng:
Sedikit minyak masak
2-3 biji telur
1 paket kuey teow dibahagikan untuk mangkuk-mangkuk seorang makan.
Ni dia sajian mudah dan favorite kanak-kanak dan juga dewasa. Baked Creamy Pasta perkongsian dari Fatin Damia ni memang meletoplah rasanya. Istimewanya Fatin guna buah tomato segar dan bukannya tomato pes segera yang dalam tin atau botol tu.“Ianya lebih baik kerana tidak mengandungi bahan pengawet dan bahan perasa tambahan yang lain,” katanya dalam laman FB miliknya
Mehlah cuba buat gaya Fatin aka kakak cantik ni.
BAKED CREAMY PASTA:
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
300gm pasta ( rebus dan toskan airnya) – beli online DI SINI
Bahan B :
20gm salted butter
3 ulas bawang putih (cincang halus)
5 biji tomato (rebus dan toskan.kisar halus tanpa air dan masak sampai airnya mengering dan hilang rasa masam. Penggunaan garam dan gula nak letak boleh tak letak pun tak mengapa)
CARA MEMASAK : 1. Rebus pasta sampai lembut. Toskan dan ketepikan. 2. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan B iaitu butter kemudian masukkan bawang putih dan sos tomato yang telah siap dibuat tadi dan masukkan juga herba Thyme. 3. Setelah 2-3 minit, masukkan pasta tadi dan gaul sampai semuanya sebati. Tutup api. 4. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan C. Kacau sampai agak mendidih kemudian tutup api lalu di tuang ke dalam pasta tadi. 5. Taburkan Mozzarella Cheese dan Cheddar Cheese sebanyak mana yang disukai. 6. Bakar di dalam oven suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.
7. Setelah 20 minit, keluarkan dari oven dan hidangkan.
.
Kredit foto dan resipi:FB Fatin Damia #kakakcantik
INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR PASTA DAN KEK JOM LAYARINYA DI SINI.
Salad dan pasta adalah hidangan yang digemari oleh mereka yang suka makanan barat. Hidangan ini memang sangat sedap. Rasanya lemak berkrim. Bagi yang suka sayur, sangat sesuai makan salad. Ada juga pasta yang boleh dilengkapi dengan udang untuk menjadikan ianya lebih mewah. Sedap sangat.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Jom tengok video ni untuk tengok cara buat salad menggunakan anek buah-buahan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!