
Sesiapa yang suka kuih dulu-dulu mesti ingat dan suka kuih lompang, yang berwarna warni, makan dengan kelapa parut. Apa kata kali ini korang cuba pulak buat kuih Lompang Pandan guna sukatan cawan. Bahannya mudah, cara membuat senang dan masak cepat. Paling penting rasa memang terbaik sedapnya ye, rugi kalau korang tak cuba.

.
KUIH LOMPANG PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 10 helai daun pandan | kisar dengan 3 cawan air
- 2 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu makan tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
- 1 cawan gula | masak bersama 1 cawan air
- Kelapa parut | campur secubit garam dan kukus 5 minit
CARA MEMASAK:
1.Tepung beras, tepung ubi dan air kapur dicampur bersama dalam mangkun besar.
2. Kemduian tuangkan air pandan yang telah dikisar dan ditapis, kacau rata supaya tepung larut dan tidak bergentel.
3. Masukkan pula air gula yang telah dimasak dan disejukkan, kacau rata dan tapis adaunan.
4. Panaskan pengukus, oles acuan dengan minyak.
5. Kukus acuan selama lima minit, baru tuang adunan ke dalam acuan ¾ penuh acuan.
6. Kukus selama 15-20 minit hingga lubang tengah terbentuk.Jangan lupa balut penutut pengukukus supaya air wap tidak terkena pada kuih.
7.Sementara itu, kukus kelapa yang telah dihaul dengan kelapa parut.
Resipi & gambar : Puan Noriza Rahman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend, Bau Je Dah Lapar

Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan. Sambal tumis yang pedas, ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar-besar begini, memang sangat membuka selera. Menunya biasa je, tapi lauk beginilah yang jadi kegemaran ramai untuk menjamu selera. Terliur? Saudari Nurul Joe ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN PETAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – asingkan ikan dan kuahnya – beli online disini
1 biji bawang besar – dihiris – beli online disini
3 ulas bawang putih – dihiris – beli online disini
10 tangkai cili padi – dihiris
1 biji cili merah besar – dihiris
Petai secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap ikan sardin tanpa sos. Bila agak-agak perang, angkat dan ketepikan. Simpan sosnya jangan dibuang.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga wangi.
3. Masukkan sos sardin. Masak lagi hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan perasa dengan secukupnya.
5. Tambahkan sedikit kicap manis. Sebatikan.
6. Akhir sekali masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi dan juga petai. Masak seketika dan siap.
7. Sambal Tumis Sardin sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Joe
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Satu Tin, Seribu Resipi!
Sardin ni memang legend — senang, cepat & sedap. Dari sambal ke pasta, semua pun boleh!
Tambah 3 Pes Ni Untuk Buat Kuah Bihun Tomyam Jadi Lebih Sedap

Bagi penggemar sajian masakan panas ala warung Siam seperti Bihun Tomyam, resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi pastinya perlu anda cuba. Sangat mudah dan enak. Malah ada bahan rahsia yang membuatkan kuah jadi lebih pekat berperisa. Sangat berbaloi cuba masak untuk keluarga tercinta. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUAH BIHUN TOMYAM ALA SIAM PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN A:
1 ketul isi ayam – potong kecil
2-3 ekor sotong – hiris
6-7 ekor udang
Bebola ikan secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
3 helai daun limau purut
4 tangkai cili padi
1 biji bawang besar Holland
4 ulas bawang putih
1 keratan batang daun ketumbar
3 hiris nipis lengkuas
i inci halia – diketuk)
2 batang serai – dihiris pendek & diketuk hujungnya
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN C:
1 pek asam pedas Adabi – beli online disini
1 pek tomyam Adabi – beli online disini
1 sudu besar Thai Tom Yum – beli online disini
BAHAN-BAHAN D:
3 gelas air
Aneka sayur pilihan (bunga kubis, lobak merah, saderi.ikut cita rasa)
1 senduk sos cili – beli online disini
1 biji jus limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Daun limau purut secukupnya
Cili padi secukupnya
Bihun – dicelur
CARA MEMASAK:
1. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan B yang lain kecuali tomato. Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan ke dalam kuah. Ia adalah rahsia untuk memekatkan kuah.
2. Sediakan pes campuran menggunakan bahan-bahan C. Ia bertujuan selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
3. Masukkan kesemua pes tadi ke dalam periuk. Kacau dan biarkan seketika.

4. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika. Biarkan ayam separuh masak.
5. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan.
6. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan jus limau nipis. Tak suka masam, kurangkan.

7. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, masukkan garam dan gula. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak.
8. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
9. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
10. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
11. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.


Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Mudah & Sedap
Teringin Nasi Arab? Jom Cuba Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sajian Western Guna Daging , Resipi No 2 Tu Bukan Burger Biasa….

Kalau ada banyak stok daging dalam peti sejuki, apakata cuba buat sajian barat pulak.
Resepi No 2 tu dagingnya dibakar dan ada ramuan istimewa ubi bit merah (beet root) yang terkenal dengan sifat anti oksidannya.

Nah, ada 2 resipi inovasi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Chef Muhammad Haziq Masran, tenaga pengajar dari Malaysian Food (Authentic) College (MFA) . Terima kasih juga kepada Pengarah Urusannya Datuk Mohd Farid Hj. Alwi yang banyak melahirkan tenaga Chef profesional .
BEEF TENDERLOIN WITH PUMPKIN AND GLAZED CARROT

BAHAN- BAHAN :
Bahan daging :
- 2 sudu kecil minyak canola
- 100 gm daging batang pinang | potong beberapa bahagian
- ½ sudu kecil garam
- ¾ sudu kecil lada hitam
- ½ sudu kecil serbuk cumin
- ½ sudu kecil paprika
- ¼ sudu kecil serbuk bawang putih | dicincang halus
Bahan ‘glaze’ :
- 1 cawan lobak merah | dipotong kiub dan rebus
- 1 sudu kecil mentega tanpa garam
- 1 sudu kecil madu
- 1 sudu kecil daun parsly | dicincang
- 1 sudu besar buttermilk
- 1 cawan labu | dipotong kiub dan rebus
- 1 sudu besar daun bawang | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan garam, lada hitam, paprika,cumin,serbuk bawang putih bersama daging dan biarkan seketika. Kemudian panggang selama 3-4 minit dan balikkan di kedua bahagian.
Penyediaan glaze :
2. Masukkan lobak merah dan setengah cawan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian tambahkan mentega, buttermilk dan madu kedalam periuk. Kacau sehingga larut, dan biarkan ia berkilat dan lembut selama 3 minit. Siap untuk dihidang daging panggang tadi.
INFO : Perapkan bersama lemon jika ingin daging lembut
BEETROOT AND ROSEMARY BEEF PATTY

BAHAN-BAHAN :
- ½ biji bawang Holland | dicincang halus
- 1 sudu kecil minyak canola
- ½ biji ubi bit merah (beetroot) | dicincang
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil rosemary
- 1 sudu kecil lada hitam
- 500 gm daging cincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumis bawang bersama minyak canola. Selama 2-3 minit, sehingga keperangan
2. Campurkan kesemua bahan-bahan bersama daging di dalam mangkuk dan gaul bahan sehingga rata. Dan bentukkan daging menjadi bulat
3. Panaskan minyak canola masak daging sehingga masak
4. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama roti
Info : Ubi bit merah atau beetroot dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan antioksidan. Ia juga sumber Vitamin C yang baik.
Terima kasih : Pengarah Urusan MFA College, Datuk Mohd Farid Hj. Alwi
Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa
Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana
Ampang, Selangor
Darul Ehsan.


