Buat Sendiri Kuih Onde Onde Sedap Guna Resipi Ni

Share

Kuih Onde Onde atau Buah Melaka adalah salah satu kuih tradisional

yang digemari ramai terutamanya bila tiba bulan puasa. Nak membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Ayza Nur. Selamat mencuba!

 

RESIPI KUIH ONDE ONDE @ BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam satu bekas.

2.Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.

3.Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.

4.Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.

5.Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan.

6.Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yang ditabur sedikit tepung gandum.

7.Didihkan air di dalam periuk. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.

8.Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah diangkat dan ditoskan airnya.

9.Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

 

TIP: Kelapa dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi.

 

Kredit resipi & foto: Ayza Nur

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur