Kuih talam ada pelbagai jenis, tapi kalau nak cuba buat sendiri elok cuba yang paling mudah. Boleh mulakan dengan kuih talam gula merah.
Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad.
Buat sendiri kuih talam gula merah
Bahan untuk bahagian bawah:
1 cawan gula merah
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdb air kapur
2 cawan air
Cara membuat:
- Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.
- Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.
- Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
- Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.
- Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit
Bahan untuk bahagian atas
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam
Cara membuat
- Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.
- Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.
Tip supaya permukaan kuih talam cantik
- Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.
- Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.
Selamat mencuba.
Sumber: Ruziah Mohd Arshad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Muih Orang ‘Lama’ Tak Jemu DiMakan. Mudah Kan Bakar Je…
Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan.
Rugi kalau tak cuba…
1.KUIH CARA
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa/sederhana pekat (dari 1/3 biji kelapa)
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya /sebagai inti
- Garam secukup rasa/ untuk rasa lemak masin
- Sedikit minyak masak /untuk griskan acuan cara
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF : Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 2 cawan santan /santan kotak yang pekat
- 1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
- Secubit garam
- Pewarna hijau jika suka
- 1 sudu teh esen vanila jika suka
- Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci)
Masa memasak : 45 minit hingga sejam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF : Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
- 2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
- 3/4 cawan gula pasir
- Sedikit sagu daripada ubi kayu
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in)
Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF : Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji pisang emas /dilecek
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred B
Bahan diayak :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
- 1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF : Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
Kesari Cheese Olahan Lynn Mikael Menggunakan Keju Cheddar Chesdale Ni Memang Sedap. Cukup Segala Rasa!
Kuih Kesari merupakan antara kuih tradisional dan manisan yang popular dalam kalangan masyarakat India. Memang sedap! Patutlah Kuih Kesari ini menjadi kuih kegemaran suami dan anak-anak Lynn Mikael.
Untuk menambahkan lagi keenakan Kuih Kesari, Lynn Mikael telah menggunakan Keju Chesdale di dalam resipi ini. Ternyata hasilnya sangat menakjubkan. Gabungan rasa manis dan masin keju ini memang ‘ngam’. Sekali rasa, pasti nak lagi.
Keju Chesdale diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari New Zealand di mana setiap kepingan mengandungi kalsium dan protein yang tinggi. Patutlah bertambah enak Kuih Kesari kita. Ini resipi perkongsian Lynn Mikael untuk anda semua. Selamat mencuba!
KUIH KESARI
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 sudu makan minyak sapi
- 5 sudu makan kacang gajus
- 250gm tepung suji
- 750ml air
- Sedikit garam
- 250gm gula pasir
- 5 sudu makan susu pekat manis
- Sedikit pewarna oren/kuning
- 5 biji buah pelaga
- 9 keping Keju Cheddar Chesdale
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu makan minyak sapi. Kemudian goreng kacang gajus hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu makan lagi minyak sapi dan masukkan tepung suji. Pastikan masak guna api perlahan.
- Masak sekejap tepung tadi kemudian angkat dan ketepikan.
- Dalam periuk bersesuaian, masukkan air dan garam. Tunggu sehingga air mendidih.
- Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan susu pekat manis & sedikit pewarna oren.
- Kemudian masukkan buah pelaga yang sudah ditumbuk halus.
- Dengan api perlahan, masukkan tepung suji. Kacau selalu supaya tepung tidak berketul dan masak sehingga pekat.
- Kemudian masukkan kacang gajus dan tambah 1 sudu makan minyak sapi. Gaul rata.
- Adunan Kesari siap. Masukkan setengah adunan ke dalam loyang. Susunkan Keju Cheddar Chesdale pada bahagian atas adunan dan masukkan setengah lagi adunan ke dalam loyang.
- Kesari Cheese sedia untuk dihidangkan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Puteri Ayu Versi BerkejuLah Pulak, Memang Terbaiklah
Kuih Puteri Ayu ni memang sedap dan lembut sangat. Kalau biasa perasa pandan, Puteri Ayu Cheese ni terbaik sangat untuk penggemar keju. Sedap berkrim keju.
Biasanya puteri ayu dasarnya ada kelapa parut, tetapi versi yang ini lapisan bawah atau dasarnya adalah berasaskan krim keju,jadilah kuih Puteri Ayu Cheese.
Bagi pencinta keju memang menepati citarasa korang. Boleh dihidang masa minum petang mahupun sarapan.
PUTERI AYU CHEESE
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji telur
- 1 cawan gula castor – beli online DI SINI
- 2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
- 1 cawan santan atau susu cair – beli online DI SINI
- 1 sudu teh ovalette- beli online DI SINI
- Pewarna pilihan – beli online DI SINI
- Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan
BAHAN CREAM CHEESE:
- 250 gm cream cheese
- 80 gm gula castor – beli online DI SINI
- 25 ml air
- 20 gm tepung gandum – beli online DI SINI
- 1 biji telur
Satukan kesemua bahan-bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
7. Didihkan air di dalam kukusan.
8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
NOTA dari Aini Binte Madon :
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.
Sedap berbaloi untuk dicuba.
.
Kredit : Aini Binte Madon
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, JOM LAYARI DI SINI UNTUK MENCARI PRODUK PERKAKAS DAPUR DAN BARANGAN ELEKTRIK YANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK ANDA
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :