Buat Sendiri Kuih Talam Gula Melaka, Guna Tip Ini Supaya Permukaannya Cantik

Share

Kuih talam ada pelbagai jenis, tapi kalau nak cuba buat sendiri elok cuba yang paling mudah.  Boleh mulakan dengan kuih talam gula merah.

Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad.

Buat sendiri kuih talam gula merah

 

Bahan untuk bahagian bawah:
1 cawan gula merah
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdb air kapur
2 cawan air

Cara membuat:

  1. Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.
  2. Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.
  3. Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
  4. Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.
  5. Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit

Bahan untuk bahagian atas


2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam

Cara membuat

  1. Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.
  2. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.

 

Tip supaya permukaan kuih talam cantik

  • Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.
  • Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.

Selamat mencuba.

Sumber: Ruziah Mohd Arshad.

 

Published by
Rose