Buat sendiri kuih tiram yang rangup dan berlapis cantik, caranya ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga kuih ini sendiri, Aznor Aznora

Tak dinafikan kuih tiram yang rangup dan manis ini antara yang dicari waktu raya. Sekali hadap memang ralit boleh habis sebalang kalau makan sambil bersembang.

Jika selalu kuih tiram ini kita beli, raya kali ini kita cuba buat sendiri. Kalau dah peniaga kuih tiram sendiri yang kongsi resipi dah tentu sedap.

Buat sendiri kuih tiram yang rangup, berlapis cantik

Buat Sendiri Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik

 

Ads
Bahan-bahan

1 bungkus tepung gandum cap Ros
6 sudu makan marjerin (cairkan)
1 biji telur(kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya
1/2 paket minyak masak
1/2 paket tepung ubi
Minyak masak untuk menggoreng

Buat Sendiri Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik

 

Cara membuat

1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.

2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.

3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.

Buat Sendiri Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik

4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.

5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.

Ads

 

6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.

Buat Sendiri Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik

 

Ads

7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.

Buat Sendiri Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik

 

Kredit resipi & foto: Aznor Aznora

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI