Suka minum Lai Chee Kang? Saudari Salizawati Salleh ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah ibunya. Resipi ini sangat mudah dan versi mak-mak zaman dahulu yang ringkas sahaja cara penyediaannya. Namun boleh diolah sendiri ramuan mengikut selera masing-masing. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
NOTA: Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa-apa sahaja yang disukai.
CARA MEMASAK:
1.Rendam biji selasih, buah kembang semangkuk, longan kering dan barli. Biar kembang seketika.Sambil tunggu kembang, boleh masak benda lain terlebih dahulu.
2. Untuk kembang semangkuk, bila sudah kembang, buang terus bijinya supaya senang untuk diminum.Jangan hancurkan ye, biar berselirat je.
Ads
3. Rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, barli dan longan kering.Jika guna gula merah macam mak-mak dulu tu, pastikan gula larut dan tapis terlebih dahulu sebab kadang-kadang ada habuk gulanya.
4. Rebus bahan-bahan tadi dan biarkan hingga mendidih.
5. Bila longan dan barli sudah kembang, masukkan biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sekejap dan tutup api.
6. Kemudian masukkan buah kundur yang dipotong dadu dan buah kabung.Kacau lagi.
7. Lai Chee Kang homemade sudah siap disediakan. Boleh dinikmati panas dan juga sejuk. Pasti puas hati.
Jangan kata tak pandai baking ye… kalau ada minat dan kesungguhan boleh punya. Inilah yang dibuktikan oleh dua beradik kembar, Liza dan Wani dari @Twinniespastries. Mulanya suka-suka baking sekarang dah buat bisnes. Percayalah …tiga resipi yang disedikan oleh kembar ini memang sedap dan tak muak makan sebab admin dah cuba pastri savory yang dia orang buat. Untuk permulaan kita cuba dulu resipi yang dikongsikan oleh mereka.
SHEPHERD PIE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN DOH:
250gm mentega
500gm tepung gandum
20gm kuning telur
60gm air sejuk
1/2 sudu teh garam
BAHAN INTI:
1 biji bawang yang telah didadu halus
1 tin peeled tomato
200gm daging kisar
1 helai daun bay
Sedikit mix herbs
3 biji kentang
1/2 cawan susu segar
Sedikit garam
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Putar mentega dan masukkan telur.
Kemudian masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
Gaul sebati dengan tangan atau mesin.Tekapkan dalam acuan.
Masak bahan inti daging.
Untuk bahagian kentang putar, Rebus kentang sampai lembut, kemudian tapis. Dalam bekas yang lain, masukkan mentega, sedikit garam dan 1/2 cawan susu segar, putar sehingga tekstur menjadi halus. Letak tepi.
Sapukan lapisan pertama dengan kentang putar, diikuti dengan inti daging dan diakhiri dengan kentang putar. Tabur sedikit keju parmesan.
Bakar dengan suhu 150c.
BABY SPINACH AND SALMON QUICHE
BAHAN-BAHAN:
1 keping short crust pastry
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
60gm mentega| dicairkan
285gm kepingan ikan salmon
Sedikit garam
1/2 cawan keju
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
Masukkan butter, kepingan ikan salmon dan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C.
CHICKEN CORNISH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KULIT PASTRI:
250gm mentega
200gm tepung gandum
20gm kuningtelur
60gm air sejuk
1/2 sudu teh garam
BAHAN INTI:
1 keping dada ayam
2 biji kentang di dadu
2 sudu serbuk kari ayam
1 inci halia dihiris
2 biji bawang merah | mayang halus
1 ulas bawang putih | mayang halus
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Putar mentega dan kuning telur. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian campurkan garam yang disatukan dengan air ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sebati dengan mesin atau tangan.
Untuk bahan inti, daging ayam direbus bersama halia hingga masak. Sesudah masak, asingkan halia dan carik-carikkan daging ayam menjadi halus. Ketepikan.
Panaskan minyak. Gorengkan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, masukkan serbuk kari dan goreng hingga garing.
Masukkan kentang dan air rebusan ayam. Masak sampai kentang lembut.
Taburkan daun ketumbar yang diracik halus, dan diperasakan dengan garam.
Canai kulit pastri bentuk bulat, letakkan inti ayam di tengah pastri dan balut.
Sayur goreng jawa style antara masakan yang juga menjadi kegemaran ramai. Lengkap ada lauk dan sayur memang tak perlu nak buat banyak-banyak lauk.
Cara memasaknya lebih kurang seperti sambal goreng jawa cuma tidak menggunakan lengkuas dan kicap dalam masakan ini.
Sesuai kalau nak cuba buat masakan ini dan makan bersama keluarga. Orang jawa tentu dah biasa. Yang suka dengan selera jawa boleh cuba juga. Memang sedap tak menyesal orang kata.
SAYUR GORENG JAWA STYLE
BAHAN A DIKISAR HALUS):
1 1/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
Sedikit belacan
BAHAN-BAHAN B:
7 batang kacang panjang
1 plastik tempe panjang
2 keping tauhu
1 paket suhun & fucuk
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji santan
Garam gula secukupnya
Asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng tempe, tauhu dan kacang panjang
2. Tumis bahan-bahan A.
2. Sudah agak garing masukkan cili kering kisar.
3.Masak sampai pecah minyak
4. Masukkan santan,perasakan dengan garam,gula & asam jawa
5. Biarkan sehingga agak pekat dan mengelegak, kalau hendak kering sikit biarkan lagi sehingga agak kering. Sebalinya kalau suka basah.
6. Masukkan kesemua bahan yg digoreng,suhun & fucuk serta cili
Ikan siakap stim, memang ramai yang suka. Antara hidangan wajib kalau makan di restoran Thai. Sedap betul rasa segar ikan, dengan masam limau dan pedas cili.
Jom kita masa ikan siakap stim menerusi resipi perkongsian daripada Zafirah Zawawi. Mudah dan ringkas sahaja resipinya. Sedap! Semua orang boleh buat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.