Buat Sendiri Lai Chee Kang Stail Mak-Mak. Simple Tapi Sangat Sedap!

Share

Suka minum Lai Chee Kang? Saudari Salizawati Salleh ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah ibunya. Resipi ini sangat mudah dan versi mak-mak zaman dahulu yang ringkas sahaja cara penyediaannya. Namun boleh diolah sendiri ramuan mengikut selera masing-masing. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

RESIPI LAI CHEE KANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
Longan kering beli online disini
Buah kembang semangkuk beli online disini
Gula kabung /gula merah beli online disini


Barli beli online disini
Gula batu (jika ada) beli online disini
Biji selasih beli online disini
Buah kundur beli online disini
Buah kabung – empunya resipi tapis dan rendam air baru beli online disini
(sukatan anggaran ikut suka)

NOTA: Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa-apa sahaja yang disukai.

CARA MEMASAK:

1.Rendam biji selasih, buah kembang semangkuk, longan kering dan barli. Biar kembang seketika. Sambil tunggu kembang, boleh masak benda lain terlebih dahulu.


2. Untuk kembang semangkuk, bila sudah kembang, buang terus bijinya supaya senang untuk diminum. Jangan hancurkan ye, biar berselirat je.


3. Rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, barli dan longan kering. Jika guna gula merah macam mak-mak dulu tu, pastikan gula larut dan tapis terlebih dahulu sebab kadang-kadang ada habuk gulanya.


4. Rebus bahan-bahan tadi dan biarkan hingga mendidih.


5. Bila longan dan barli sudah kembang, masukkan biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sekejap dan tutup api.


6. Kemudian masukkan buah kundur yang dipotong dadu dan buah kabung. Kacau lagi.


7. Lai Chee Kang homemade sudah siap disediakan. Boleh dinikmati panas dan juga sejuk. Pasti puas hati.

Kredit resipi & foto: Salizawati Salleh

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur