Mayones homemade ni mudah dibuat dan banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic, guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi. Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Jom tengok resipi perkongsian saudari Rita Kasirun. Boleh dicuba. Pasti seronok bila lihat hasilnya.
CARA BUAT MAYONES HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP, HALUS & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
4 sudu besar gula – beli online disini
1 sudu besar garam
1/2 biji jus perahan lemon
Minyak masak atau minyak zaitun (anggaran 1 cawan lebih) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak. Bila sudah sebati, baru masukkan minyak masak atau minyak zaitun agak-agak dalam secawan lebih. Kisar sampai putih likat.
2. Kemudian masak mayones tadi dengan api yang paling kecil sampai pekat.
3. Pastikan mayones sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih.
4. Bila sudah pekat, padamkan api dan biarkan mayones sejuk.
5. Setelah sejuk, kisar mayones sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang lembut dan licin.
6. Mayones homemade siap disediakan dan bolehlah diletakkan dalam botol, balang atau bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk.
INFO: Boleh kisar menggunakan blender, food processor atau pengisar tangan.
Kredit resipi & foto: Rita Kasirun
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official