Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade yang sedap, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Jom cuba!
1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus menggunakan chopper. Nak guna daging kisar readymade pun boleh. (Dapatkan CHOPPER berkualiti dengan harga berpatutan DISINI)
Ads
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.
5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
Ads
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza tetapi ringkas cara memasak. Sesuai juga untuk yang mahu buat aktiviti Shell Out dan yang pasti satu keluarga akan menggemarinya.
1. KEPAH MENTEGA BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1kg kepah
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika dicampur dengan sedikit bayam hijau.
2. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.
3. LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas boleh tambah dengan cili potong.
4. UDANG LEMON HONEY BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.
5. SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu berkuah dan keras.
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras 4 cawan santan segar 1 sudu teh garam BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa | putih sahaja 1 cawan gula melaka 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula pasir Secubit garam 2 helai daun pandan | simpul 1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
Renehkan atas api kecil hingga pekat.
Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.