Buat Sendiri Mee Kuning Tanpa Guna Bahan Pengawet & Kapur

Share

Mudah je rupanya nak buat Mee Kuning secara homemade. Maklumlah, di laman sosial sekarang ramai yang rajin berkongsi aneka resipi homemade yang senang dan boleh menjimatkan belanja dapur. Salah satu yang anda boleh cuba buat sendiri ialah Mee Kuning. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Siti Aminah Nain ini tidak menggunakan kapur dan tiada bahan pengawet. Bolehlah cuba buat untuk masak mee goreng, mee sup

dan sebagainya untuk keluarga. Berbaloi untuk dicuba.

 

RESIPI MEE KUNING TANPA GUNA KAPUR & BAHAN PENGAWET

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum beli online disini
1 biji telur ditambah air & jadikan 100ml
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati. Adunan akan sedikit berderai tetapi jangan tambah air.
2. Teruskan mengepal adunan mi kemudian masukkan ke dalam mesin penggelek (noodle maker/mesin mi).
3. Laraskan mesin pada no 1. Canai doh. Kemudian laraskan pula kepada no 3.
4. Akhir sekali, pakai mata pemotong untuk menghasilkan juraian mee.


5. Jika tiada mesin, boleh hasilkan secara manual sahaja. Gelek doh hingga nipis kemudian potong halus menggunakan pisau.


6. Didihkan air dan rebus mee yang siap dipotong tadi. Angkat dan toskan airnya.


7. Tuang sedikit minyak pada mee tadi sambil disejukkan. Ia bertujuan untuk mengelakkan mee melekat.


8. Mee kuning homemade sedia untuk dinikmati dengan pelbagai cara masakan seperti Mee Goreng, Mee Sup dan sebagainya.

Kredit resipi & foto: Siti Aminah Nain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur