Untitled design (56)

Mi kuning ni memang sedap dan boleh hasilkan macam-macam menu. Biasanya kita beli je kan tapi menerusi perkongsian saudari Norain Naim, beliau kongsikan cara-cara buat mi homemade tanpa menggunakan mesin. Mudah sangat. Potong mi pun cara manual. Hanya guna pisau! Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan dan air suam. Jom cuba! Anda pasti kagum bila lihat hasilnya.

 

CARA BUAT MI HOMEMADE GUNA 4 BAHAN

Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air suam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak sahaja sampai doh tidak melekit di tangan. Jangan terlebih nanti doh jadi lembik. Kalau lembik, tambah sikit lagi tepung.

Ads

2. Uli doh hingga sempurna dan canaikan senipis mungkin.

3. Semasa mencanai doh, tabur sedikit tepung di permukaan doh dan pencanai supaya tidak melekat. Bila sudah dicanai nipis, lipat doh seperi dalam gambar. Ia bertujuan untuk memudahkan doh dipotong. Jika guna mesin, tidak perlu lipat.

4. Doh sedia untuk dipotong nipis-nipis. Ketebalan mi boleh ikut cita rasa masing-masing.

Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je

5. Didihkan air dan rebus mi selama 5 minit atau sampai mi lembut.

Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je

6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Ia penting bagi mengelakkan mi dari terlebih kembang. Letak sedikit minyak bagi menjadikan mi cantik berderai.

7. Mi siap disediakan dan boleh digunakan untuk masak mi goreng, mi sup, mi kari dan bermacam-macam menu lagi.

Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je

Kredit resipi & foto: Norain Naim

 

Ads

Nak beli MESIN MI? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan jenama.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel Yang Sedap

Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

Ads

Sedap & Mudah. Resipi Kek Tapak Kuda Nutella Ni Kena Cuba

Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI