Pernah cuba Mochi? Manisan comel yang berasal dari Jepun ini mempunyai tekstur yang kenyal, inti manis. dan biasanya berwarna warni. Memang kena dengan cita rasa orang Malaysia. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Biasanya inti yang digunakan adalah inti kacang merah namun ada yang buat guna inti mentega kacang. Sedap! Jom cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Haziqah. Sesuai dinikmati waktu minum petang.
RESIPI MOCHI HOMEMADE INTO MENTEGA KACANG / PEANUT BUTTER
CARA MEMASAK: 1. Campur tepung pulut, gula dan susu ke dalam bekas bersesuaian. Kacau sebati. 2. Masukkan sedikit pewarna makanan (optional) dan kacau sebati. Jika tiada atau tidak suka, boleh kekalkan doh pada warna asal sahaja. 3. Kukus adunan lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. 4. Bila doh sudah masak, cubit adunan doh, terus leperkan dan letak filling @ inti kesukaan dengan secukupnya. 5. Tangkupkan doh dan bulatkan. 6. Golek Mochi yang dibulatkan tadi atas tepung pulut yang telah disangai. Ulang proses dan langkah yang sama sehingga habis adunan.
Ads
7. Mochi homemade berinti mentega kacang yang sedap sedia untuk dinikmati.
Sedapnya waffle homemade ni. Kalau dapat makan panas-panas, memang layan. Kanak-kanak pun sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 4-5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 5 keping waffle. Cukup untuk sajian minum petang satu keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Asiah ni. Mudah & pasti menjadi. Tak perlu dah beli lagi lepas ni.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. 2. Biarkan adunan selama 10-15 minit. 3. Panaskan acuan waffle dan masak hingga sempurna. 4. Boleh hidangkan waffle mengikut perisa yang digemari.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Ramai peminat fruit cheese tart. Nak membeli, boleh tahan harganya. Apa kata kita try buat sendiri? Kalau tengok langkah membuat, tak adalah susah sangat. Bolehlah cuba buat, insya-Allah jadi.
FRUIT CHEESE TART
BAHAN SHELL TART
125 gram marjerin
50 g gula aising
1/2 biji kuning telur ayam | gred A
1 sudu kecil esen vanila
5 gram susu penuh krim
1/2 sudu besar air sejuk | dari peti ais
250 gram tepung gandum
CARA MEMBUAT
1. Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, susu penuh krim, air sejuk dan tepung gandum.
3. Uli sebati adunan sehingga jadi doh.
4. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm.
5. Buang lebihan doh di tepi acuan.
6. Cucuk bahagian tengah dengan garpu.
7. Buat sehingga habis adunan.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 minit.