Buat Sendiri Mochi Homemade Berinti Mentega Kacang, Sedap!

Share

Pernah cuba Mochi? Manisan comel yang berasal dari Jepun ini mempunyai tekstur yang kenyal, inti manis. dan biasanya berwarna warni. Memang kena dengan cita rasa orang Malaysia. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Biasanya inti yang digunakan adalah inti kacang merah namun ada yang buat guna inti mentega kacang. Sedap! Jom cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Haziqah. Sesuai dinikmati waktu minum petang.

RESIPI MOCHI HOMEMADE INTO MENTEGA KACANG / PEANUT BUTTER

BAHAN-BAHAN:
220gm tepung pulut beli online disini
100gm gula beli online disini
200ml susu segar atau santan beli online disini
Filling/ inti mentega kacang secukupnya beli online disini
Tepung pulut untuk salutan – sangai
Pewarna makanan – jika suka beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Campur tepung pulut, gula dan susu ke dalam bekas bersesuaian. Kacau sebati.
2. Masukkan sedikit pewarna makanan (optional) dan kacau sebati. Jika tiada atau tidak suka, boleh kekalkan doh pada warna asal sahaja.


3. Kukus adunan lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.
4. Bila doh sudah masak, cubit adunan doh, terus leperkan dan letak filling @ inti kesukaan dengan secukupnya.

5. Tangkupkan doh dan bulatkan.
6. Golek Mochi yang dibulatkan tadi atas tepung pulut yang telah disangai. Ulang proses dan langkah yang sama sehingga habis adunan.


7. Mochi homemade berinti mentega kacang yang sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nurul Haziqah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur