Pernah cuba Kuih Mochi? Manisan comel yang berasal dari Jepun ini mempunyai tekstur yang kenyal, inti manis. dan biasanya berwarna warni. Memang kena dengan cita rasa orang Malaysia. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Ada yang buat guna inti mentega kacang. Sedap! Jom cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Azila Ismail. Satu adunan ini boleh menghasilkan 14 biji kuih Mochi. Sesuai dinikmati waktu minum petang. Memang sedap
RESIPI KUIH MOCHI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut – beli online disini
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1/2 cawan gula – beli online disini
1 kotak kecil santan (200ml) – beli online disini
1/2 cawan air masak
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
Sedikit tepung pulut (disangai) untuk salut mochi
Sedikit pewarna pilihan – beli online disini
Inti – boleh guna pes kacang merah, mentega kacang, coklat atau sebagainya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung pulut, tepung jagung dan gula ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan air dan santan sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga sebati
3. Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda nak buat.
4. Kukus adunan selama 20 minit.
5. Selepas siap dikukus, angkat adunan dari loyang. Teksturnya akan jadi kenyal dan boleh ditarik begini selepas dikukus.
6. Ambil inti dan bulat-bulatkan. Empunya resipi guna inti kacang.
7. Seterusnya ambil sedikit tepung beras pulut dan sangai di dalam kuali seketika. Ia akan digunakan untuk menyalut Mochi nanti.
8. Cubit doh kemudian masukkan inti. Bulatkan kemudian golek sedikit tepung pada kulit Mochi.
9. Mochi telah siap disediakan. Sejukkan Mochi terlebih dahulu untuk rasa yang lebih enak.
10. Mochi homemade paling mudah sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mamchi Aiman Nadzmi / Azila Ismail
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official