Buat Sendiri Muffin Coklat Cip Sedap & Gebu Tanpa Guna Tepung Premix

Share

Nampak sedap Muffin Coklat Cip ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Lyn Da II ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan enak. Tak perlu lagi beli tepung pra-campuran. Anda sendiri boleh adun guna bahan-bahan mudah. Lebih istimewa resipi ni tidak perlu menggunakan mixer atau blender. Wow…Pasti menjadilah. Jom cuba!

 

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandumbeli online disini
1/4 cawan serbuk koko beli online disini


1 sudu teh baking powder beli online disini
1 sudu teh soda bikabonat beli online disini
1 cawan gula beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak
1 cawan air
Coklat chip secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat . Ayak bersama.

2. Campuran tepung yang telah diayak bersama tadi.

3. Masukkan gula dan garam, letak di bahagian tepi.

4. Dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan air dan juga minyak masak.

5. Pukul menggunakan pemukul tangan hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi bahan ayak tadi.

6. Campurkan bahan-bahan dan adun hingga sebati. Boleh kacau menggunakan senduk supaya lebih mudah.

7. Rupa adunan kek yang telah sebati.

8. Seterusnya masukkan coklat chip. Jumlahnya ikut sebanyak mana yang anda suka dan cita rasa masing-masing.

9. Kacau lagi adunan.

10. Bila semuanya sudah sempurna, maasukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga memenuhi 3/4 cawan.

11. Taburkan coklat chip dekat bahagian atas. Jumlahnya terpulang pada citarasa masing-masing.

12. Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit. Kemudian masukkan muffin dan bakar lagi selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.

13. Muffin Coklat Cip siap dibakar. Memang sangat sedap dan lembut. Boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah pelbagai krim pilihan.

 

INFO: 1 adunan boleh dapat antara 27-28 cup muffin saiz S

 

Kredit resipi & foto: Lyn Da II

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur