Sedap Murtabak Daging ni. Makan panas-panas dicicah pula dengan kuah kari atau cuka bawang, memang berselera. Maklumlah, sekaranmg ni harga barang semua mahal. Andai beli, sekeping dalam RM4.00. Kalau anak ramai, memang tak cukup dan tak puas makan. Jadi jom cuba buat sendiri guna resipi mudah perkongsian saudari Yanie Mansor. Sangat mudah dan enak!

 

RESIPI MURTABAK DAGING MINI PALING MUDAH

Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu.

Ads

2.Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3.Masukkan daging cincang atau isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.

4.Masukkan gula dan garam dengan secukupnya dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

5.Untuk balut murtabak, pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.

6.Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.

7.Balut dengan kulit popia dan masak dalam kuali hingga inti masak sepenuhnya.

Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

 

Kredit resipi & foto: Yanie Mansor

 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI