Makan

Buat Sendiri Nachoas Loaded Viral Guna Nachoas Timbang Kilo. Tak Payah Beratur Panjang

Share

Nachoas loaded ini antara makanan viral masa kini. Seperti makanan viral yang lain ramai yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.

Tapi kalau nak merasa dan tak sanggup untuk beratur, boleh cuba sendiri.  Tambah lagi jika satu keluarga turut mahu menikmatinya. Boleh beli nachoas timbang kilo dan ikut saja resipi yang dikongsi Tuan Adriana Arissa.

Resipi nachoas loaded, guna nachoas timbang kilo

 

Bahan – bahan
Nachoas timbang kilo (pilih perisa barbeku untuk lebih sedap)
500g-1kg daging cincang
Bawang putih -dicincang
Garam
Gula
Blackpepper
Sos Cheese – Swiss Bear

 

Bahan-bahan sos putih
2 sdb plain yogurt
2 sdb cream cheese – jika suka
4-5 sdb mayonis
3 ulas bwg putih
1/4 sk garam
1 sk blackpepper
1 sdb jus lemon/limau
1 sk Parsely
Air sikit ikut kepekatan
Gula

Bahan sos hijau
Daun ketumbar secukupnya -dicincang halus
4 sdb mayonis
1/4 cawan air secukupnya – ikut kepekatan
2-3 biji cili padi hijau
1 sdb jus lemon/limau
Avocado -jika suka
Garam
Gula

 

Bahan sampingan


Bawang India -dipotong dadu
Tomato -dipotong dadu
Timun Jepun -dipotong dadu
Lada benggala -dipotong dadu

Cara penyediaan

1. Goreng tanpa minyak daging cincang. Masukkan bawang putih dan sambung tumis sehingga daging masak (boleh tambah sos bolognese jika suka). Apabila daging sudah masak, ketepikan.

2. Satukan semua bahan sos putih, lalu gaul sehingga bahan sebati.

3. Kemudian satukan juga semua bahan sos hijau, gaul hingga semua sebati.

 

3. Masukkan nachoas dalam bekas, letakkan daging yang sudah dimasak tadi serta semua bahan-bahan sampingan.

4. Kemudian letak sos putih, sos hijau dan sos cheese. Gaul sebati semua bahan sebelum dinikmati.

Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa

 

Published by
Rose