Buat Sendiri Nasi Ayam Penyet, Puas Makan

Share

 

Sekarang ni, di mana-mana saja ada tawarkan menu nasi ayam penyet. Sambutan hangat terhadap menu yang lengkap dengan cita rasa pedas dan berempah ini membuatkan ramai yang suka makan nasi ayam penyet.

Nak membuat menu ini memang perlukan banyak bahan. Senang cakap, memang penuh satu pinggan dengan hidangan sampingan nasi ayam penyet ni. Ada tempe goreng, tauhu goreng, sayur dan sambal. Jom try buat sendiri.

 

NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 keping tempe
4 keping tauhu
½ cawan tepung beras
Ulam-ulam ( kubis, kacang panjang dan timun )

Bahan Kisar:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
1/2 cawan air

Bahan sambal
6 biji cili merah
15 biji cili padi
3 biji buah tomato
1 ½ inci belacan bakar
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
2 biji jus limau kasturi

Cara memasak

Untuk ayam:
1. Bahan Kisar dikisar sehingga halus.
2. Kemudian perap bahan kisar tersebut bersama ayam yang telah dipotong kecil. Perap selama 2 jam.
3. Sebelum menggoreng, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi dan gorenglah seperti biasa.

Untuk tauhu dan tempe:
1. Potong tauhu dan tempe ikut saiz pilihan anda.
2. Gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam.
3. Taburkan sedikit tepung beras dan goreng sehingga garing.

Untuk sambal:
1. Kisar semua bahan bersama sedikit air masak. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
2. Hidangkan semua bahan tadi bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas