Kalau teringin nak makan nasi beriani, jom kita cuba buat sendiri di rumah. Tak perlu beli lagi di kedai. Harga di kedai pun agak mahal. Buat sendiri di rumah lebih puas hati. Jom kita cuba resipi perkongsian Hidayati Hana ini.

RESIPI NASI BERIANI SEMPOI

BAHAN-BAHAN NASI BERIANI

  • 4 cawan beras basmathi (rendam dlu setengah jam)
  • 3 sudu besar rempah beriani faiza
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit minyak sapi/mentega
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Kismis

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak sapi, tumiskn bawang dan halia hingga layu.
  2. Masukkan 3 sekawan, daun pandan dan rempah beriani.
  3. Masukkan susu cair dan air secukupnya.
  4. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Bila dah menggelegak, tutup api dan curah atas beras dalam periuk nasi tadi.
  6. Biarkan masak. Bila dah kering titikkan pewarna kuning sikit dan taburkan kismis.

 

IKLAN

BAHAN AYAM MASAK MERAH:

  • 1/2 ekor ayam – digoreng dulu
  • 2 cawan cili kering kisar
  • 1 inci halia *
  • 2 biji bwg besar *
  • 4 ulas bwg putih *
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kismis

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Goreng ayam terlebih dahulu.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Bila dah garing, masukkan cili kisar.
  4. Kacau sebati hingga garing dan naik minyak, kemudian masukkn sos cili dan sos tiram.
  5. Masukkan pula secawan air.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Bila dah mendidih, masukkan ayam tadi.
  8. Taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
  9. Hiaskan dengan daun bawang.

*Ayam masak merah saya tak guna tomato puri sebab anak-anak tak suka rasa masam. Kalau anda nak letak boleh je.

 

BAHAN KURMA TELUR & KENTANG

  • 5 biji telur – rebus dahulu
  • 2 biji kentang – dipotong 4
  • 1 bawang bawang besar *
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 paket rempah kurma
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air
  • Cili hijau
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Telur direbus dahulu dan ketepikan.
  2. Kisar bahan yang bertanda *.
  3. Panaskan minyak, masukkan 3 sekawan dan bahan yang telah dikisar.
  4. Bila dah garing, masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit.
  5. Tumis hingga naik minyak dan masukkn telur dan kentang.
  6. Biarkan seketika, kemudian masukkan santan dan air.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Bila kentang dah empuk, masukkan cili hijau dan taburkan bawang goreng dan tomato ceri jika suka.

KREDIT RESIPI & FOTO: HIDAYATI HANA

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI: