Buat Sendiri Nasi Ulam Yang Ringkas Tapi Sedap.

Share

Teringin makan Nasi Ulam, korang boleh je masak sendiri kerana sekarang bahan-bahan mentah senang je nak dapat, kat Pasar Tani atau pasar-pasar pun banyak jual segala ulam-ulaman yang segar. Cuma korang perlu rajin sikit untuk mayang halus segala ulam-ulaman tu.. tapi berbaloi ye buat sendiri. Tak percaya cuba dulu resipi yang dikongsikan ini.


.

NASI ULAM
BAHAN-BAHAN
:

  • 4 mangkuk nasi putih
  • 1 potong ikan masin Tenggiri | goreng dan kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1 batang bunga kantan | mayang halus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar halus
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa

BAHAN ULAM ULAMAN DIMAYANG HALUS:

  • Sedikit ulam Raja
  • Sedikit daun Selom
  • Sedikit pucuk Gajus
  • Sedikit daun Mengkudu
  • Sedikit daun Limau Purut
  • Sedikit daun Kesum
  • Sedikit daun Pegaga
  • Sedikit daun Kaduk

CARA MEMASAK:
1. Masukkan nasi dalam mangkuk besar, taburkan isi ikan masin yang dikisar kasar bersama lada hitam dan kerisik. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan pula hirisan bawang, serai, bunga kantan, serta hirisan ulam-ulaman, gaul rata.
3. Perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin.
4. Setelah siap, Nasi Ulam sedia dihidangkan.

Published by
Norasida Myasin