Kalau kebiasaannya korang beli je nugget, apa kata kali ini buat sendiri ia lebih sedap dan super jimat dan terjamin sedap dan kebersihannya. Jika korang ingin cuba, sebaiknya gunakan paha ayam kerana ia membuatkan nugget yang korang buat lebih sedap. Untuk lebih sedap dan trending samburkan sedikit keju, gerenti anak-anak tak tolak kalau mak-mak sediakan bekal nugget homemade air tangan ibu sendiri. Nak tahu caranya ini resipi Nugget Ayam Mayones Berkeju.


Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.

 

NUGGET AYAM MAYONES BERKEJU
BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm fillet ayam
  • 50 gm keju parut
  • 50 gm mayones
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula

BAHAN CELUP & GAUL:

IKLAN
  • 75 ml air
  • 50 gm tepung terigu
  • Garam secukupnya
  • Tepung roti secukupnya

CARA MEMASAK:

Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.

LANGKAH 1: Hiris nipis fillet ayam.

IKLAN
Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.
LANGAH 2: Dengan menggunakan food Chopper, masukkan hirisan ayam dan telur. Kisar sekejap, kemudian masukkan keju parut, mayones, bawang putih, tepung ubi. Kisar lagi .dan masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Kisar lagi hingga sebati.

Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.

LANGKAH 3: Tuang adunan nugget dalam loyang ukuran 16 X 16 cm dengan dialas plastic. Kukus selama 30 minit dengan api kecil hingga masak.

IKLAN

Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.
.

LANGKAH 4: Setelah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk baru dipotong ikut cita rasa.

Buat Sendiri Nugget  Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.
.

LANGKAH 5: Seterusnya sediakan celup nugget, dengan mencampurkan tepung, air dan garam secukupnya. Kacau rata hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan potongan nugget di dalamnya kemudian golekkan dalam bekas berisi serebuk roti hingga habis. Anda boleh terus gorengnya menggunakan minyak banyak dan panas. Jika belum sedia dihidangkan, simpan nugget yang telah digoreng di dalam dalam freezer. Ia boleh tahan hingga lebih dua minggu

Sumber resipi & photo @Faraleyama

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI