Buat Sendiri Nugget Super Sedap Ni, Lebih Sedap & Sihat.
Februari 25, 2020
Share
Kalau kebiasaannya korang beli je nugget, apa kata kali ini buat sendiri ia lebih sedap dan super jimat dan terjamin sedap dan kebersihannya. Jika korang ingin cuba, sebaiknya gunakan paha ayam kerana ia membuatkan nugget yang korang buat lebih sedap. Untuk lebih sedap dan trending samburkan sedikit keju, gerenti anak-anak tak tolak kalau mak-mak sediakan bekal nugget homemade air tangan ibu sendiri. Nak tahu caranya ini resipi Nugget Ayam Mayones Berkeju.
NUGGET AYAM MAYONES BERKEJU BAHAN-BAHAN:
500 gm fillet ayam
50 gm keju parut
50 gm mayones
5 ulas bawang putih | kisar
2 biji telur
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
BAHAN CELUP & GAUL:
75 ml air
50 gm tepung terigu
Garam secukupnya
Tepung roti secukupnya
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1: Hiris nipis fillet ayam.
LANGKAH 3:
Tuang adunan nugget dalam loyang ukuran 16 X 16 cm dengan dialas plastic. Kukus selama 30 minit dengan api kecil hingga masak.
.
LANGKAH 4: Setelah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk baru dipotong ikut cita rasa.
.
LANGKAH 5: Seterusnya sediakan celup nugget, dengan mencampurkan tepung, air dan garam secukupnya. Kacau rata hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan potongan nugget di dalamnya kemudian golekkan dalam bekas berisi serebuk roti hingga habis. Anda boleh terus gorengnya menggunakan minyak banyak dan panas. Jika belum sedia dihidangkan, simpan nugget yang telah digoreng di dalam dalam freezer. Ia boleh tahan hingga lebih dua minggu