Pau kampung kukus atau pau kukus homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Ada resipi mudah yang boleh anda cuba. Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ain Khamis. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan mixer atau bread maker. Boleh juga uli menggunakan tangan. 2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25gm setiap satu dan bulatkan / rounding cantik-cantik.
Ads
3. Biarkan doh dalam 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti kaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.
4. Biarkan doh mengembang sekali lagi dalam 40 minit kemudian barulah dikukus selama 8 minit.
5. Pau Kampung yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.
INFO:
Berat doh 25gm akan dapat 24 biji pau saiz kecil.
Penggunaan shortening atau lemak sayuran adalah bertujuaan untuk memutihkan pau. Kalau guna marjerin, doh pau agak kekuningan .
Teringin nak makan soto dan bihun sup? Ni RASA kongsikan dua resipi soto dan bihun sup yang boleh anda cuba. Mudah, cepat disediakan dan enak. Cubalah. Pasti memenuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
1. SOTO DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
500ml air
400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Air rebusan daging secukupnya
30ml minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
40gm kacang goreng
Limau kasturi
Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
50gm cili padi
40ml kicap manis
30gm gula pasir
20ml air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
Biarkan ia mendidih, tutup api.
Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
2. BIHUN SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun | celur ke dalam air panas hingga lembut, sejukkan
Bebola daging secukupnya
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Minyak masak secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
Sedikit daun sup
Sedikit limau nipis
CARA MEMASAK:
Untuk membuat sup; Kisar kesemua bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
Masukkan air rebusan daging, bebola daging bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
Biarkan mendidih, tutup api.
Untuk menghidang; masukkan sedikit bihun ke dalam ke dalam mangkuk. Tuangkan sup, atur bebola daging di atasnya.
Letakkan sedikit tauge, hirisan daun sup dan limau nipis di atas.
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis. Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
Kadang kita blur tak tahu nak makan lauk apa. Timbul rasa jemu, timbul rasa semua tak sedap. Tapi ada satu lauk yang boleh dicuba selain daripada masak ayam dan ikan. Apa kata try buat kerang.
Apabila anda nak masak kerang, kerap terfikir dalam kepala menu kerang rebus dan bakar sahaja. Paling kuat pun dimasak sambal kerang atau rendang kerang. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
KERANG GORENG KICAP
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.