Bagi anda yang menggemari hidangan Lamb Chop, resipi sos perapan perkongsian saudari Yana Rasidini harus anda cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar. Malah dikongsikan juga petua untuk melembutkan daging kambing supaya rasnya lebih enak. Jom cuba. Anda pastik sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Satukan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos bbq bersama madu. Sebatikan. 2. Ambil kepingan daging kambing dan lumurkan kiub pati ayam. 3. Taburkan juga rosemary, basil, oregano, lada hitam dan bawang putih. Lumur rata. 4. Kemudian masukkan campuran sos yang sudah digaul dengan madu. Ratakan. 5. Perap kambing selama 3-4 jam. Lagi lama diperap rasanya akan jadi lebih sedap.
PETUA:Untuk hilangkan bau hanyir kambing, rendam kepinga daging kambing dalam perahan limau selama 5-10 minit. Kemudian ketuk lembut kambing menggunakan lesung batu supaya daging tidak keras, perapan pun meresap elok.
Kredit resipi & foto: Yana Rasid
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Perjalanan menuju ke kedai makan Nurul Sate Batang Pinang, memang nyaman dan menenangkan. Suasana desa penuh kehijauan menyambut pelanggan yang berkunjung ke sini.
Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.
Suasana desa penuh kehijauan
Suasana sebelum PKP.
Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang,Mi Kari Mama,Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.
.
Nasi ayam hailam Pak Anyang.
Soto Mak Siti.
Menu yang disediakan adalah idea bersama dua keluarga mereka berdua. Lain -lain menu yang mendapat sambutan hangat pelanggan sudah tentunya sate yang dibuat dari bahagian batang pinang yang sangat lembut dan berjus.
“Biasanya di KL dan Selangor sate biasanya dijual pada waktu malam. Tetapi di Johor seperti Muar dan Batu Pahat menikmati sate pada waktu sarapan adalah menu kegemaran ramai. Ibu saya berasal dari Batu Pahat, jadi idea ini adalah inspirasi darinya.
.
Alhamdulillah, apabila kami memperkenalkan menu ini ia mendapat permintaan ramai dan cukup laris. Selain sate premium yang dibuat dari daging batang pinang yang lembut, pelanggan juga sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya.
Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.
Nasi impit yang lembut dan beraroma daun pisang menambat selera. Selain sate daging, sate ayam dan set sate campur (ayam & daging) juga turut dihidangkan bersama lontong”, cerita Nurul Izzah kepada RASA.
.
.
Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Namun Nurul Izzah dan suaminya Firdouz bukannya orang baru dalam bidang makanan,sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini memberi lebih tumpuan kepada kedai makanan Nurul Sate Batang Pinang.
Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah
Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus.Menurut Nurul Izzah nasi yang dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Penulis tertarik dengan Menu Nasi Minyak Kahwin Laridengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.
Ditanya kisah disebalik menu ini,”Ia sebenarnya menu katering Nurul Izzah yang kini dibawa ‘lari’ ke Nurul Sate Batang Pinang. Ia adalah resipi kepakaran ayah saya dan menu ini cukup laris sekali,” ujarnya tertawa kecil. Di samping itu terdapat juga menu laksa Johor dan Mi Rebus stail Johor.
.
Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman. Kedai makan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Disebabkan pandemik kini ia hanya mengambil tempahan melalui talian 016 359 5358 dan 019 9568944 dan beli bungkus. Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.
INGIN MEMBELI BAHAN MASAKAN, JOM BELI ONLINE DI SINI
Bila beli makaroni, pasti ada kalanya buntu nak masak apa. Kalau asyik masak makaronigoreng, bakar atau buat sup pun jemu juga. Kalau nak ubah selera, resipi perkongsian saudari Ziera Johari II antara yang boleh dicuba. Rasanya memang sedap dan sangatlah mudah nak dimasak. Malah rasanya pun sangat sedap. Memang berbaloi kalau masak ni. Cubalah! Boleh dijadikan hidangan makan malam dan juga bekal untuk anak-anak ke sekolah.
MAKARONI CHEESE GORENG PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
500gm makaroni – direbus
2 tin sos Cheese & Herbs
2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
1 biji lada benggala ( merah & hijau) – hiris
1 tin cendawan butang – hiris
1 paket sosej ayam – hiris
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
3. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
4. Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
5. Seterusnya masukkan lada benggala.
6. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
Lauk Singgang tidak boleh dipisahkan dengan orang Terengganu. Ada beberapa jenis singgang yang popular di Terengganu.
Lauk singgang, memang resipi yang paling mudah dimasak dan cepat siap. Sesuai buat mak-mak yang inginkan menyediakan lauk simple tapi sedap hingga menjilat jari.
Koleksi resipi singgang pelbagai jenis yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, lagi sedap dimakan dengan budu. Memang padu habis!
*Untuk resipi ini, terdapat perbezaan bahan sedikit sebanyak mengikut daerah dan kawasan ye.
SINGGANG IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
Ikan aya hitam (tuna) 2 biji bawang merah | mayang – beli online di sini 2 ulas bawang putih | mayang –beli online di sini 1 inci lengkuas | ketuk 1 inci kunyit hidup | potong (kalau nak bagi nampak kuning, boleh letak sedikit serbuk kunyit) Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) Bendi (optional) Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan ikan, bendi dan cili. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. 3. Tutup periuk selama 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong segar (dibuang kulitnya & dibersihkan. Kalau dapat sotong bertelur lagi sedap) 2 biji bawang merah | mayang* 2 ulas bawang merah | mayang* 1 inci lengkuas | ketuk* 1 inci kunyit hidup | potong* Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) 2 batang serai* Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping* Lada hitam (optional)* Halia (optional)*
1. Masukkan air dalam periuk. 2. Masukkan bahan bertanda *. 3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong dan cili. Kacau sekejap. 4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 5. Tutup periuk selama 5 minit dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
500gm telur ikan aya @ tenggiri 2 biji bawang merah | mayang 2 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | potong nipis 1 sudu kecil lada hitam (letak banyak pun tak apa, tumbuk sikit bagi pecah-pecah) 1 inci kunyit hidup | potong nipis Cili burung Bendi Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping 1 biji tomato | potong 6 2 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan telur ikan, sayur bendi, tomato dan cili. 3. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. Tutup periuk 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan. *resipi lain tempat mungkin beza sikit bahan-bahannya.
SINGGANG DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1.3kg daging cincang & tulang | basuh bersih & boleh basuh dengan tepung gandum. Tos & ketepikan 5 biji bawang merah | mayang 3 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | hiris nipis 1 inci kunyit hidup | hiris nipis 1 sudu besar lada hitam | tumbuk kasar 1 sudu besar biji ketumbar | disangai & ditumbuk kasar 1 sudu kecil jintan manis | disangai & tumbuk kasar 2 batang serai | diketuk 6 asam keping (kalau suka masam, letak lebih) 10 biji cili thai 5 tangkai lada kering | dibuang biji & dipotong Bawang holland | potong 6 untuk hiasan Bawang goreng Garam & gula secukupnya Serbuk perasa
1. Saya gunakan pressure cooker, jadi kerja memasak agak mudah. Masukkan daging dan semua bahan ke dalam periuk tekanan, kecuali cili thai, bawang holland dan bawang goreng. 2. Masak selama 15 ke 20 minit. Gunakan mode stir fry. 3. Masukkan cili, bawang holland, bawang goreng, garam, gula dan perasa. Siap.
SINGGANG PEDAS KERISI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kerisi | disiang & dibersihkan Gula melaka sebesar ibu jari 3 asam keping 6 biji bendi 1 ikat daun kesom 1 biji tomato | potong 6 Air asam jawa Garam & gula Serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Sedikit belacan (optional) 2 biji cili besar 12 biji cili padi (suka pedas, boleh tambah) 1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau. 2. Tunggu hingga mendidih. Masukkan asam keping dan gula melaka. Kacau sekejap. 3. Masukkan ikan kerisi, sayur bendi, daun kesom dan tomato. 4. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa.Tutup periuk selama 8 ke 10 minit. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.