Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
Ads
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inci.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Ads
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasiyang sempurna macam yang peniaga jual tu. Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
2 gelas beras
1 1/2 gelas air
1 1/2 gelas santan
Secubit garam
1-2 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
Daun pandan – disimpul
CARA-CARA:
1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.
2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.
4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).
5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.
6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.
7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!
INFO CHEF
Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.
1. Panaskan marjerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar. 2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau. 3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam. 4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.
AYAM MASAK MERAH
½ ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak)
BAHAN UNTUK DIKISAR:
20 biji cili kering (direbus terlebih dahulu) – beli online di sini 1 labu bawang besar 4 biji bawang merah 5 biji bawang putih
BAHAN LAIN:
Rempah 4 sekawan Asam keping Sedikit sos cili & sos tomato
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato, asam keping garam dan gula. 2. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. Akhir sekali, tabur daun bawang.
ACAR TIMUN
1 batang timun 1 batang lobak merah – beli online di sini 1 biji bawang besar 1 biji cili merah – beli online di sini Sedikit cuka makan Garam & gula secukupnya
Lauk pauk kali ini resipi warisan keluarga Maliza Ghani, pemilik Manisa Cafe di Accentra Glenmarie, Shah Alam ini. Dimakan pula dengan Nasi Beringin sajian Johon yang cukup popular, perrgh memang ‘terangkatlah’. Memang sesuai sangat dimasak untuk tetamu datang beraya.
Cukup berperisa, dan cukup rempah ratusnya. Jom cuba menu ini…
1. NASI BERINGIN
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi | direndam setengah jam terlebih dahulu
2 biji bawang besar | dimayang
2 ulas bawang putih | dimayang
4 sm halia | ditumbuk
5 batang serai | diketuk
2 helai daun pandan | disimpul
1 biji kelapa | ambil santannya
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
1/4 cawan minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 liter air
Beberapa titik pewarna kuning @serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan beras dan rendamkan sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan. 2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. 3. Masukkan pula serai. 4. Kemudian sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 5. Kemudian masukkan santan dan air dan masukkan air. 6. Masukkan pewarna atau serbuk kunyit dan pewarna atau serbuk kunyit. 7. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api. 8. Biarkan ia masak dan kacau sekali. 9. Taburkan bawang goreng sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan rempah ratus beraroma yang wangi
INFO :Anda boleh juga menambah daun pudina untuk rasa yang lebih lazat dan berperisa.
10 tangkai cili kering | rebus sebentar baru kisar
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati. 3. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit. 4 .Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa, dan biarkan ayam masak. 5. Lauk siap dihidang.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Anda boleh menambah kacang peas hijau jika suka, tapi bahan ini opsyenal sahaja. Sedap dimakan dengan nasi minyak, tomato dan nasi impit.
3. AYAM BAKAR TIKKA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dikukus atau rebus dengan garam dan kunyit selama 20 minit
1/2 sudu makan asam jawa | campur sedikit air
1/2 biji gula Melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
BAHAN DIKISAR :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
6 tangkai cili kering | direbus sebentar baru dikisar
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.. 2. Masukkan gula Melaka, asam jawa dan garam secukup rasa. Ketepikan 3. Susun ayam yang direbus (dipotong beberapa bahagian) atas pemanggang yang arangnya sudah dinyalakan dan tersedia. 4. Panggang atau bakar ayam sambil sapukan / siramkan dengan bahan tumisan.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas yang lazat
INFO : Bakar hingga 7-8 minit setiap bahagian dan balik-balikan. Ayam bakar tikka adalah menu berasal dari India yang sangat popular.
4. AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian
3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kari
BAHAN DIKISAR :
2.5 sm halia
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit. 2. Perasakan dengan garam secukup rasa. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Enak dengan rasa ayam yang kaya dengan rasa rempah
INFO :Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.
5. DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang | digoreng dan diketuk terlebih dahulu
1 cawan kicap manis
1 biji buah pala | ditumbuk
3 biji buah keras | ditumbuk
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
4 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN DIKISAR :
7 tangkai cili kering | direbus dahulu sebelum mesin
2 biji bawang besar
3 sm halia
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Hiris daging sederhana tebal. 2. Rebus daging dengan sedikit air. 3. Tos daging dan tumbuk atau ketuk hirisan daging hingga leper dan bertekstur halus 4. Kemudian goreng dan ketepikan sebentar. 5. Panaskan minyak tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, pelaga,cengkih dan bunga lawang). Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. 6. Masukkan buah pala, buah keras dan serbuk jintan manis. Kacau sebati 7. Masukkan daging dan kicap manis. Kecilkan api dan biarkan daging mereneh dan sebati dengan semua bahan-bahan di dalam kuali. 8. Perasakan dengan garam dan gula 9. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Daging dimasak hingga empuk dan lembut dan kaya dengan rasa kicap lemak manis berempah
INFO : Jika suka daging yang sudah direbus juga boleh diperap dengan kicap manis selama setengah jam untuk rasa kicap yang lebih sebati. Pastikan setiap hirisan daging diketuk hingga teksur halus dan lembut.
TERIMA KASIH :Manisa Cafe, 16, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Glenmarie, Shah Alam, Selangor. FB :manisacatering, IG:manisa_catering