Jika tekak anda teringin untuk makan tomyam, boleh cuba buat pes ini di rumah. Anda hanya tinggal ambil dan masak sahaja. Mudah untuk anda yang bekerja dan mempunyai masa yang suntuk untuk memasak hidangan untuk keluarga. Cuba sahaja resipi perkongsian Ina Zurinah ini. Rasanya pasti lebih sedap dan asli.

RESIPI PES TOMYAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis (jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan
  • 3 sudu cili kering siap kisar (kalau nk pedas boleh lebihkan cili)
  • Air asam jawa
  • Gula perang
  • Garam asli
  • Sedikit minyak masak

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan semua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.

IKLAN

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis sehingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.

3. Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau.

 

 

4. Padamkan api dan masukkan garam.

5. Apabila pes dah sejuk, masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

 

Posted by Ina Zurinah on Tuesday, 5 May 2020

 

Jika teringin nak makan apa sahaja makanan berasaskan tomyam, boleh guna pes ini. Tak perlu pergi ke restoran Thailand. Selamat mencuba!

Jika anda sedang mencari PETI SEJUK baru, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: INA ZURINAH

Resipi lain yang boleh dicuba:

Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.

Rahsia Masak Tomyam Secepat & Sesedap Di Kedai

Yee Mee Tomyam Seafood, Bangkit Selera Buka Puasa

Anda juga boleh cuba resipi daripada YouTube Majalah Rasa ini: