Lama rasanya tak makan piza, anak-anak juga mungkin ada yang teringin. Kalau begini eloklah mak-mak buat sendiri piza.

Paling mudah boleh ikut perkongsian Ummul Omar. Menurutnya hanya 25 minit sahaja diperlukan untuk menyediakan pizza saiz ‘large’ ini dan pembuatannya tak perlu menggunakan yis.

Buat sendiri piza, 25 minit dah siap dapat saiz Large

Buat Sendiri Piza, 25 Minit Dah Siap. Dapat Piza Saiz ‘Large’

Bahan-bahan:

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut cita rasa ( boleh guna nanas, buah zaitun, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese

Ads

Buat Sendiri Piza, 25 Minit Dah Siap. Dapat Piza Saiz ‘Large’

 

Cara membuat :

1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230 darjah Celsius

2. Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung.

 

3. Uli adunan dalam 2 – 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.

Buat Sendiri Piza, 25 Minit Dah Siap. Dapat Piza Saiz ‘Large’

Ads

 

4. Boleh terus letak atas tray piza dan gelekkan doh sampai leper. Tak perlu tunggu doh naik!  Jimat masa!

5. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Akhir sekali, letak keju mozarella  banyak-banyak.

6. Bakar dalam oven suhu 230 darjah Celsius selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dipanaskan sebelum masukkan piza.

Ads

Nah hasilnya! Pizza 25 minit saiz large. Rotinya lembut di dalam, rangup diluar. Puas hati makan.

Buat Sendiri Piza, 25 Minit Dah Siap. Dapat Piza Saiz ‘Large’

Sumber :  Artikel olahan dari Keluarga & Ummul Omar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI