Jom buat piza homemade yang sedap ni. Jika resipi lain perlu uli tepung dan renyah cara pembuatannya tapi resipi ini hanya guna roti sandwic je tapi best. Sajian piza memang jadi kegemaran anak-anak. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas, memang enak. Ringkas, mudah disedikan dan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Nak letak isi ayam, daging, udang, sosej, semua boleh. Keju banyak? BOleh… Letak sahaja mengikut selera anda. Janji puas makan. Suami dan anak-anak pasti puji ni. Percayalah. Terasa nak buat? Saudari Khairun Nisakada kongsikan resipinya. Jom cuba. Tentu puas hati dengan menikmati menu mudah ini. Senang sangat!
CARA MEMBUAT PIZA HOMEMADE SEDAP & MUDAH GUNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN: Roti putih @ roti wholemeal Sos traditional pasta – boleh juga guna sour cream – beli online disini Capsicum – jika suka Aneka inti untuk topping – boleh guna apa sahaja seperti udang,ayam, daging, sosej & sayur Keju Mozarella block / keju mozzarella belum parut – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Alas loyang menggunakan baking paper. Susun kepingan roti sandwich memenuhi tray. 2. Sapu setiap kepingan roti dengan sos pasta dengan secukupnya. Sos pasta ini sudah mempunyai rasa masam, manis dan haruman parsli. 3. Letak parutan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping pilihan anda. 4. Tutup inti dengan menambah parutan keju mozarella.
5. Bakar piza anda pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 15 minit.
6. Bila keju mozzarella sudah agak keperangan, boleh keluarkan piza.
Masak kuetiau ni ada pelbagai cara. Ada yang suka versi basah dan sebaliknya. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Kali ni cheyah nak goreng kering je.Bahan pun simple sangat. Masa penyediaan pun lebih kuang 15 minit . Campak campak siap. Makan gerenti sedap.
KUETIAU GORENG KERING
Bahan-bahan diperlukan
1 mangkuk kue tiau 2 biji telur ayam gred B 1/2 mangkuk kecil taugeh 3-4 pohon daun kucai
5 biji cili hijau
5 ulas bawang putih – BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan sos tiram -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan sos cili
Sedikit kicap lemak manis -BELI ONLINE DI SINI
Garam dan gula secukup rasa
1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. Cheyah lebih suka hancurkan telur di awal berbanding letak di akhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.
2. Bila telur dan nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.
4. Tambahkan garam sedikit sahaja.
4
5. Letak gula jika suka. Selalu kalau goreng mee or kue teow kena letak sebab baru balance dan sedap. Ini tip masa cheyah belajar dekat kedai siam.
6. Masukkan kue teow yang telah direndam, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
7. Akhir sekali dah boleh masukkan sayur taugeh dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
8. Dah siap! Sangat senangkan.
Ayam goreng karamel, punyalah sedap dan nikmat makan sampai tutup mata. Ini kata empunya resipi Maryam Hussain.
Kalau nak tahu macam mana rasa sedapnya, kenalah cuba. Lagi pun cara membuat ayam goreng ini sangatlah mudah. Ia boleh dimasak kering atau berkuah. Keduanya sedap.
Tapi digoreng kering lebih enak kerana karamel akan bersalut pada ayam dan isinya sangat lembut dan mudah terlerai dari tulang.
Resipi Ayam Goreng Karamel
Bahan-bahan
10 ketul ayam
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1 cawan air
3 sudu madu
1 sudu kicap manis
1 sudu kecil chili flakes
Cara Penyediaan
1. Basuh ayam sehingga bersih. Letak secubit garam dan lada hitam. Gaul bersama tepung beras. Kemudiaan, goreng dengan api sederhana. Ketepikan.
2. Letak satu cawan air bersama madu, kicap manis dan chili flakes. Tunggu sehingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. Kemudiaan, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sehingga sebati dan karamel melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang.
Tip Ekstra
Tepung beras buat tekstur ayam lebih rangup dan ringan berbanding tepung gandum biasa.
Mahu ayam lebih lembut, perap ayam dengan sedikit madu dan kicap dulu selama 30 minit sebelum goreng.
Kalau nak kurang manis, boleh ganti sebahagian madu dengan gula perang.
Gunakan ayam bahagian bertulang (contohnya peha, drummet atau kepak) sebab isinya lebih juicy dan sedap dimasak bersama sos pekat.
Nak aroma lagi padu? Tambahkan sedikit daun limau purut atau hirisan halia dalam sos karamel.
Bosan dengan nasi putih je, apa kata hujung minggu ni anda masak nasi bertumis untuk memberikan kelainan rasa. Ini ada enam menu nasi yang ringkas dan kebanyakan bahan-bahannya ada di dapur anda. Pilih je mana yang anda dan keluarga suka.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak buat lagi… Jadi jomlah kita masa aneka nasi yang super ringkas dan sedap ni. Nasi ni juga boleh dimasak sebagai juadah di Hari Raya nanti.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1kg beras bashmati | rendam 30 minit, tos
1 liter air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 cawan puri tomato
3 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
3cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunya cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!