Jom buat piza homemade yang sedap ni. Jika resipi lain perlu uli tepung dan renyah cara pembuatannya tapi resipi ini hanya guna roti sandwic je tapi best. Sajian piza memang jadi kegemaran anak-anak. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas, memang enak. Ringkas, mudah disedikan dan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Nak letak isi ayam, daging, udang, sosej, semua boleh. Keju banyak? BOleh… Letak sahaja mengikut selera anda. Janji puas makan. Suami dan anak-anak pasti puji ni. Percayalah. Terasa nak buat? Saudari Khairun Nisak ada kongsikan resipinya. Jom cuba. Tentu puas hati dengan menikmati menu mudah ini. Senang sangat!
CARA MEMBUAT PIZA HOMEMADE SEDAP & MUDAH GUNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
Roti putih @ roti wholemeal
Sos traditional pasta – boleh juga guna sour cream – beli online disini
Capsicum – jika suka
Aneka inti untuk topping – boleh guna apa sahaja seperti udang,ayam, daging, sosej & sayur
Keju Mozarella block / keju mozzarella belum parut – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Alas loyang menggunakan baking paper. Susun kepingan roti sandwich memenuhi tray.
2. Sapu setiap kepingan roti dengan sos pasta dengan secukupnya. Sos pasta ini sudah mempunyai rasa masam, manis dan haruman parsli.
3. Letak parutan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping pilihan anda.
4. Tutup inti dengan menambah parutan keju mozarella.
5. Bakar piza anda pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 15 minit.
6. Bila keju mozzarella sudah agak keperangan, boleh keluarkan piza.
7. Piza sedap ini sedia untuk dinikmati.
Kredit petua & foto: Khairun Nisak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official