Buat Sendiri Popia Basah Ala Pasar Malam, Sedap & Jimat.

Share

Kenapa mesti beli Popia Basah ni, kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah. Baru makan puas. Maklumlah bila beli harga boleh tahan mahalnya dan rasa belum tentu tekak anda. Supaya makan puas dan rasa sedap, anda boleh cuba resipi ni esok atau lusa, kan hujung minggu cuti boleh keluar beli barang-barang untuk membuatnya.

POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkn semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati hingga mendapat bancuhan yang sesuai. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.
  2. Tutup mangkuk adunan dan perap selama 30 minit.
  3. Selepas 30 minit, panaskan kuali leper non stick, ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis menggunakan api perlahan.
  4. Biarkan seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis kulit popia. (kulit popia ini boleh bertindih kerana ia tidak melekat). Ketepikan.

BAHAN SOS SAMBAL:
12-14 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rebus. Kisar dengan 1 cawan air.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMBUAT SOS:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis
  4. Tambah sedikit garam sebagai pelengkap rasa
  5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan
  6. Tutup api dan sejukkan.

BAHAN INTI POPIA:
1 biji sengkuang | hiris nipis kemudian potong memanjang
Tauge secukupnya | bersihkan
½ biji kobis | hiris halus


1 batang lobak merah | hiris nipis dan potong memanjang
Segenggam udang | buang kepala dan ekor | cincang kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | cincang halus
Udang kering secukupnya | tumbuk halus
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan putih hingga wangi. Masukkan udang dan kacau seketikaa.
  2. Sederhanakan api, masukkan lobak merah dan kobis, kacau hingga layu.
  3. Akhir sekali masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam.
  4. Kacau rata sekejap dan rasa garamnya.
  5. Tutup api dan sejukkan.

.BAHAN TABUR:
Kacang tanah secukupnya | sangai, buang kulit dan tumbuk

Udang Geragau kering secukupnya | sangai dan tumbuk halus
Bawang goreng secukupnya.

CARA MENYIAPKAN POPIA:

  1. Ambil sekeping kulit popia, sapukan dengan sos sedikit dan masukkan inti.
  2. Gulang kemas, seperti buat popia goreng. Buat hingga habis.
  3. Sapukan sos sambal di atas popia yang telah digulung tadi dan tabur dengan bahan tabur di atasnya.
  4. Popian sedia dihidangkan.

Kredit: Ziela Lewis

Published by
webadmin