Popia Sayuran Vietnam atau Vietnamese Spring Roll memang enak dimakan. Biasanya rice paper dibalut bersama aneka hirisan sayur, udang atau filamen ketam. Dinikmati pula dengan sos thai yang enak. Memang puas hati menikmatinya. Andai dibeli, ada kalanya tidak kena dengan selera. Jom buat sendiri guna resipi dari saudari Zurina Zulkefli. Memang puas makan dan tidak muak. Tentunya puas hati. Jom cuba!
RESIPI POPIA SAYUR VIETNAM / VIETNAMESE SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN:
Rice paper / kulit popia Vietnam – beli online disini
Suhun – rebus dan tos – beli online disini
Sedikit potongan daun ketumbar
Lobak merah – potong sederhana
Timun jepun – potong sederhana
Daun Salad – cuci bersih
Filamen ketam – direbus
BAHAN SOS:
Sos Thai – beli online disini
2 sudu air panas
1 sudu sos ikan @ secukupnya – beli online disini
Hirisan daun ketumbar
Bijan secukupnya
Dapatkan KARANGKRAF AL-QURAN AMAZING 6 JUZUK PERJILID EXCLUSIVE dengan HARGA ISTIMEW DISINI DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Ambil sekeping rice paper, lalukan di air sebanyak dua kali. Jangan rendam nanti cepat lembik dan susah nak lipat.
2. Tebar rice paper di atas pinggan.
3. Letak dulu daun salad diikuti sedikit suhun.
4. Kemudian letak sayur-sayuran dan filamen ketam.
5. Gulung dengan kemas.
6. Untuk sos, guna sos thai kimball. Campur air panas, sos ikan, hirisan daun ketumbar dan bijan. Sebatikan dan siap dinikmati bersama popia.
7. Isi dalam Vietnamese Spring Roll.
8. Enak dicicah bersama sos.
9. Vietnamese Spring Roll yang sudah siap digulung.
10. Cicah sos siam, sedap sangat. Rasa rangup manis-manis masam.
11. Sedia untuk dinikmati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI