
Isi Kandungan
ToggleKalau di rumah ada banyak stok kentang, boleh cuba buat sendiri potato chips atau kerepek kentang ini. Selalu kita beli, kali ini buat sendiri.
Hasilnya pula enak dan rangup. Kalau buat confirm sekejap saja dah licin. Cara membuatnya dikongsi oleh Mar Dhiah.
Potato chips homemade, cara buat senang sangat
Bahan-bahannya:
Kentang – 3 biji
Cuka – 2 sudu
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara membuat:
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nak guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih masukkan hirisan kentang tadi dan rebus selama 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian tos (tak perlu sampai betul-betul kering pun).
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing ( api jangan terlalu besar untuk elak hangus kerana kentang nipis).
5. Dah garing angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan. Saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef beli di kedai Eco saja.
Hasilnya, memang rangup dan nipis.
INFO: Jika nak hidangan lebih sihat, tak perlu tabur serbuk perasa. Makan begitu saja, kerepek kentang asli.
Sumber: Mar Dhiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerepek Pisang Rangup Berlemak, Ini Rahsianya

Nak buat kerepek pisang yang rangup dan berlemak?Tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, tak perlu guna serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan.
KEREPEK PISANG RANGUP
Bahan-bahan:
1 sikat pisang
1 cawan (200g) marjerin
½ kilo minyak masak
Cara membuat:
1.Kupas kulit, sagat dan goreng.
Kredit: Khaula Anis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Cara Masak Makanan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

Isi Kandungan
ToggleMakanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
- 2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 ulas bawang putih |dicicang halus
- 2 sudu makan kicap
- ½ sudu makan cuka
- ½ sudu teh tepung jagung
- Garam dan gula secukup rasa
- Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Gril/panggang
Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun
Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef : Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
- 200gm tepung pulut
- 4 sudu besar gula castor
- Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
- Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
- 200 gm buah kundur (rock melon)
- 100 gm gula
- 250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi.
Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis Masakan : Manisan Jepun
Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef : Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm tepung beras
- 40 gm nasi putih
- ¼ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak sayuran
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Keropok
Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 biji lobak merah | diparut
- 2 helai daun kobis | diracik halus
- ¼ cili benggala hijau
- 500 gm udang
- 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
- ½ sudu teh bijan
- 1 sudu teh kicap
- 1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef: Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Cara Senang Buat Waffle Yang Rangup & Tak Lembik

Menu waffle, antara snek paling senang dan cepat untuk disediakan buat keluarga.
Bukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan.
Dihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.
WAFFLE RANGUP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 ½ cawan air
¾ cawan minyak masak – beli online di sini
2 biji telur
Esen vanila
2 sudu besar susu tepung – beli online di sini
3 sudu besar gula – beli online di sini
½ sudu teh garam
1 sudu besar serbuk penaik
¼ sudu besar baking soda
TONTON Biskut Semperit Klasik
TONTON Sotong Goreng Telur Masin
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan ke dalam waffle maker dan tunggu hingga masak.
4. Boleh sapu dengan flavour yang anda suka. Siap!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi & foto: Nor Asiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Petua Air Rebusan Daun Pudina Dengan Gula Batu & Madu, Legakan Batuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: