Rugi kalau ada yang tidak suka puding kerana deseert yang sedap dimakan sejuk-sejuk memang menggoda selera sungguh. Sementelah di kala PKP ni memang tiada bazar ramadan. Nak puding pandan inti kelapa muda ni kenalah buat sendiri kan.
Ni min dikongsikan satu resipi puding yang sangat sedap dan wajib korang cuba, Puding Pandan Inti Kelapa Muda, Ya ampun sedapnya.
PUDING PANDAN INTI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
Untuk Inti Kelapa Muda
- Kelapa muda secukupnya | hiris kasar
- 1 bungkus jelly segera perasa kelapa
- 500ml air masak
- 65ml santan
- 1 sudu the biji selasih | rendam
- Garam dan gula secukupnya.
Bahan Puding Pandan
- 11/2 bungkus agar-agar
- 1 sudu makan jelly segera
- 900ml santan sederhana pekat
- 6 helai daun pandan | kisar bersama santan
- Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campaurkan semua bahan, masak hingga mendidih.
- Sejukkan sebentar, baru masukkan hirisan kelapa muda dan biji selasih yang telah direndam.
- Gaul rata, kemudian tuang ke acuan dan biarkan sejuk dan keras.
- Sementara itu, campurkan semua bahan puding.
- Masak hingga mendidih.
- Keluarkan puding kelapa muda dari acuab, tuangkan sebahagian puding pandan ke dalam acuan.
- Letakkan puding kelapa muda di atasnya , tuang semula baku puding pandan.
- Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.
Resipi & photo: @vitakwee
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BABA’S Edar 1,500 Bekas Bubur Lambuk Sekitar Shah Alam
BUBUR lambuk merupakan juadah yang dinantikan oleh masyarakat setiap kali tiba Ramadan.Sempena bulan yang mulia ini pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S mengagihkan sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Shah Alam pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.
Seperti tahun lepas, resipi bubur yang disediakan pada program ini direncahkan oleh produk BABA’S.Bagi menghasilkan bubur lambuk yang enak, rempah utama yang digunakan ialah Serbuk Jintan Manis BABA’S , Serbuk Rempah Sup BABA’S, Serbuk Rempah Kurma BABA’S ,Serbuk Lada Sulah BABA’S dan Serbuk Lada Hitam BABA’S.
Sudah semestinya produk keluaran BABA’S dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa.
Ketua Pemasaran BABA’S Product (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad dan kakitangan BABA’S bergotong-royong memeriahkan acara rewang program bubur lambuk ini.Bermula dengan aktiviti memasak, menampal sticker bekas bubur lambuk, menuang bubur ke dalam bekas agihan juga pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Pada program ini juga, turut diadakan demo masakan oleh Chef Qayyum menggunakan rempah dari BABA’s. Tambah meriah adanya kuiz tentang produk BABA’S, komitmen orang ramai begitu baik. Masing-masing ingin menang produk dari BABA’S.
BABA’S dan wakil kerja Nu Ideaktiv mengedarkan bubur lambuk buat komuniti
di hospital, balai bomba dan balai polis.
Azrain menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.Beliau menyatakan, “Kami di BABA’S sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program inidan sangat komited untuk menyumbangkan kebolehan dan kepakaran kami dalam menyediakan rempah ratus dalam usaha memasak bubur lambuk untuk masyarakat setempat.
Beliau turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang
dipegang teguh oleh BABA’S. “Penglibatan kali kedua dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
BABA’S berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan program mulia ini sempena bulan Ramadan yang barakah.Harapan BABA’S agar program seumpama ini diteruskan dan dapat meneruskan tradisi dengan Nu Ideaktiv melalui Majalah Rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!
Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Saji-an Misteri, Ini Pemenang Minggu Pertama & Resipi Datin Ismatia Yang Terbukti Sedap
Jika dahulu kurma daging antara hidangan yang tidak asing lagi di kenduri kendara, kini hidangan ini menjadi hidangan harian buat suri rumah. Aroma tumisan rempah-ratus serta rasanya yang berlemak menjadikan ianya kegemaran seisi keluarga terutama sekali bagi kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. Selepas kekenyangan menikmati kurma daging, tepung pelita dijadikan pilihan sebagai pencuci mulut. Gandingan yang sedap tidak terkata.
Cabaran Saji-an Misteri minggu ini disambut baik oleh Datin Ismatia tatkala beliau menghidangkan dua menu ini. Sungguh teruja melihat aksi Datin Ismatia di dapur menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Dua hidangan yang pasti buat anda terliur dan tidak sabar untuk menikmatinya.
Kurma Daging
BAHAN-BAHAN:
- Minyak Masak SAJI
- 1 cawan Santan Kelapa SAJI
- Garam Gunung SAJI
- Gula Kasar SAJI
- Daging batang pinang
- 5 sudu besar rempah kurma
- Bawang merah – dihiris
- Bawang putih – dihiris
- Halia – dihiris
- Rempah 3 sekawan
- Daun pandan
- Ubi kentang
Bahan Tumbuk:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan Hiasan:
- Bawang besar
- Cili besar
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan sedikit Minyak Masak SAJI ke dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, rempah tiga sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan.
- Bila sudah kekuningan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar dan masak sehingga garing.
- Kemudian masukkan rempah kurma dan sedikit air supaya rempah kurma tidak hangus. Kacau sehingga naik minyak.
- Bila sudah kering masukkan daging dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Kemudian, masukkan sedikit air dan tutup masakan buat seketika.
- Masukkan satu cawan Santan Kelapa SAJI. Boleh tambah sedikit lagi air jika mahu.
- Tambahkan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar SAJI.
- Akhir sekali, masukkan ubi kentang, bawang dan cili besar. Masak sehingga daging empuk.
- Okay dah siap!
Tepung Pelita
BAHAN-BAHAN:
- Santan Kelapa SAJI
- Gula Kasar SAJI
- Garam Gunung SAJI
- Tepung beras
- Daun pandan
- Air
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula buat lapisan berwarna hijau. Kisar 15 helai daun pandan dihiris nipis serta 4 cawan air. Kisar sehingga betul-betul halus.
- Kemudian tapiskan ia sebelum dimasuk ke dalam kuali, tambahkan secawan gula dan secawan tepung beras.
- Kacau dengan api yang perlahan sehingga betul-betul pekat, tidak melekat dan tepung bertukar warna hijau yang cantik dan berkilat.
- Kemudian masukkan sedikit gula ke dalam bekas acuan dan barulah masukkan tepung hijau yang dimasak tadi. Jangan letak terlalu penuh.
- Seterusnya untuk bahagian atas pula, masukkan 4 cawan Santan Kelapa SAJI, 1 sudu kecil Garam Gunung SAJI dan 4 sudu besar tepung beras.
- Kemudian kacau bahan-bahan tadi dengan api yang perlahan sehingga betul-betul pekat.
- Bila dah sebati, masukkan santan untuk lapisan atas tadi ke dalam acuan anda.
- Kukus tepung pelita selama beberapa minit.
- Tepung pelita dah siap dan boleh dihias dengan hirisan daun pandan.
Pemenang Minggu Pertama
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu pertama. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
- Zafira | @zafira5225
- Angle Keen | @angelkeen
- Honey Chan | @honeychmm
- Zarith Husna | @zarith.husna
- Ana | @cullah_canah
Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada cabaran minggu hadapan. Mana tahu ada rezeki anda. Jangan berputus asa okay!
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.
Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.
Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
- Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
- Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
- Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Tonton video Saji-an Misteri Datin Ismatia disini:
MyLaksa Rasa Asli Penang Asam Laksa Yang Pasti Memikat Selera!
Haritu saya teringin sangat nak makan Penang Asam Laksa, tapi mestilah nak yang gerenti sedap barulah terlunas rasa teringin tu. Bayangkan bila order makanan yang kita teringin bila sampai tak sedap? Mesti kita kecewa rasa nak terbalikkan meja kan? Nasib baiklah masa saya jalan-jalan dalam Setia City Mall terjumpa outlet MyLaksa ni! Bau dari jauh pun dah menarik perhatian saya untuk cuba Penang Asam Laksa. Tanpa berlengah saya terus cuba menu Asam Laksa KAW KAW!
Kalau korang nak tahu, outlet MyLaksa di Setia City Mall ni baru je dibuka tahun ni pada bulan Januari. Ishhh patutlah selama ni saya tak perasan outlet ni. Lepasni kalau boleh nak lunch MyLaksa je lah.
Dalam semangkuk Asam Laksa KAW KAW ni ada bebola ikan, telur dan beberapa hirisan timun. Kalau korang nak lagi rasa KAW KAW kuah asam laksa tu jangan lupa sebatikan dengan pes udang yang disediakan tu sekali tapi saya tak letak pun dah rasa tak cukup semangkuk kalau letak mesti nak semangkuk lagi.
Selain menu Asam Laksa KAW KAW, korang juga boleh order Asam Laksa KAW KAW Special ataupun Asam Laksa Royal.
Untuk maklumat lanjut lokasi dan menu yang disediakan boleh ke www.mylaksa.asia