Buat Sendiri Puding Pandan Inti Kelapa Ni, Rasa Sedap Melampau.

Share

Rugi kalau ada yang tidak suka puding kerana deseert yang sedap dimakan sejuk-sejuk memang menggoda selera sungguh. Sementelah di kala PKP ni memang tiada bazar ramadan. Nak puding pandan inti kelapa muda ni kenalah buat sendiri  kan.

Ni min dikongsikan satu resipi puding yang sangat sedap dan wajib korang cuba, Puding Pandan Inti Kelapa Muda, Ya ampun sedapnya.

PUDING PANDAN INTI KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN:
Untuk Inti Kelapa Muda

  • Kelapa muda secukupnya | hiris kasar
  • 1 bungkus jelly segera perasa kelapa
  • 500ml air masak
  • 65ml santan
  • 1 sudu the biji selasih | rendam
  • Garam dan gula secukupnya.

Bahan Puding Pandan

  • 11/2 bungkus agar-agar
  • 1 sudu makan jelly segera
  • 900ml santan sederhana pekat
  • 6 helai daun pandan | kisar bersama santan
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campaurkan semua bahan, masak hingga mendidih.
  2. Sejukkan sebentar, baru masukkan hirisan kelapa muda dan biji selasih yang telah direndam.
  3. Gaul rata, kemudian tuang ke acuan dan biarkan sejuk dan keras.
  4. Sementara itu, campurkan semua bahan puding.
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Keluarkan puding kelapa muda dari acuab, tuangkan sebahagian puding pandan ke dalam acuan.
  7. Letakkan puding kelapa muda di atasnya , tuang semula baku puding pandan.
  8. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Resipi & photo: @vitakwee

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:

 

 

Published by
Norasida Mohamad Yasin