Makan

Buat Sendiri Putu Mayam Pandan Guna Acuan Muruku. Kukus 2-3 Minit Dah Siap

Share

Ingatkan susah buat putu mayam rupanya mudah saja. Memang boleh sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Kali pertama buat pun boleh menjadi.

Ini yang dikongsi Nor Fatihah Nawi, katanya demi memenuhi keinginan anak beliau cuba membuatnya sendiri walau tak pernah belajar menyediakan hidangan ini. Tapi menariknya ia tetap menjadi. Berikut adalah bahan dan cara membuat putu mayam pandan yang dikongsi.

 

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah/gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam

Cara membuat:

1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.

2. Panas dan didih air terlebih dahulu.

3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.

4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.

5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan muruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.

6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.

7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.

8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula.

Selamat Mencuba!

Sumber: Nor Fatihah Nawi

 

Published by
Rose