Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Ads
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Ads
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Ads
Sumber/Foto: Mai Mgnesium / Viralkami
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Sedap!
AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
Ayam – dipotong kecil
BAHAN-BAHAN PERAP:
3cm halia – hiris kecil
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 sudu makan kicap cair
Sedikit garam
Serbuk lada putih – jika suka
1/2 sudu makan minyak bijan
Daun bawang – dihiris
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata.
Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
Tanpa menggunakan minyak sapi, wanita ini tetap boleh buat tart nanas yang gerenti sedap. Dia yang menggunakan nama facebook Mai Siti berkongsi resipi membuat tart nanas yang nampak menarik. Perkongsian dia dalam group facebook Rasa Share Resipi telah meraih sebanyak 11,000 share. Mesti ada sesuatu yang menjadikan tart nanas ini istimewa, kan? Ada yang dah pernah cuba?
TART NANAS GEBU TANPA MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega (BELI DI SINI)
4 sudu makan susu pekat manis (BELI DI SINI)
2 biji kuning telur ayam
1/2 sudu teh esen vanila (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh pewarna kuning
3 sudu makan tepung jagung (BELI DI SINI)
3 sudu makan tepung kastard
3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
2 sudu makan susu tepung
Inti nanas
CARA MEMBUAT
1. Masukkan mentega, susu pekat manis, kuning telur ayam, esen vanila dan pewarna kuning dalam bekas.
.
2. Gaul semua bahan tadi. Jangan terlalu lama kerana boleh membuat tart mengembang apabila dibakar.
.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Gaul sedikit.
.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
.
5. Masukkan susu tepung. Gaul sehingga sebati.
.
6. Uli sampai jadi doh.
.
7. Sapu sedikit minyak masak pada tangan. Bentukkan ini tart nanas.
.
8. Ambil acuan tart nanas.
.
9. Isi doh ke dalam acuan. Tekan menggunakan ibu jari.
.
10. Letak inti dan gulungkan.
.
11. Panaskan oven (BELI DI SINI). Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit dengan api atas bawah.
Selain sedap sebagai makanan, telur puyuh sangat berkhasiat untuk kesihatan.Telur puyuh mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral, lemak, lutein, kolin dan banyak lagi zat yang kesemuanya baik untuk tubuh berbading telur ayam. Sudah tentu korang boleh pelbagaikan pengambilan telur puyuh dalam masakan.
.KARI TELUR PUYUH BERSAYUR: BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu telur
250 ml santan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan serbuk cili
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
1 batang serai
BAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | hiris
1 biji terung panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | potong
1 biji cili merah | potong 3
1 biji cili hijau | potong 3
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pula pes campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan bahan sayur dan telur puyuh yang telah dibuang kulit dan dicucuk dengan garpu.
Setelah mendidih dan sayur empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh dan timbul minyak, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH TELUR PUYUH BERSAMA TEMPE BAHAN-BAHAN:
25 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
1 keping tempe | potong dadu dan goreng
1 biji bawang besar | potong dadu
1 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan timbul minyak, masukkan telur dan tempe.
Gaul rata dan tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
REDANG BEREMPAH TELUR PUYUH BAHAN-BAHAN:
25-30 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
200ml santan pekat
1 biji bawang besar | hiris
2 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu the serbuk jintan putih
3 sekawan | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lenngkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tiga sekawan bersama hirisan bawang besar hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan masukkan pes cili kering.
Setelah garing dan timbul minyak, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
Kacau lagi hingga bangkit aromanya, masukkan pula santan.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan telur puyuh, gaul rata dan kecilkan api.
Setelah timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
TELUR PUYUH BERSALUT DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buag kulit
BAHAN DAGING:
250gm daging kisar
1/2 cawan daun parsli | cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
2 sudu makan serbuk roti
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan daging dalam mangkuk, gaul rata hingga sebati.
Bulat-bulatkan dan masukkan telur puyuh di dalamnya, kemudian bentukkan bulat semula menjadi bebola daging.
Panaskan minyak, dalam kuali non stick, goreng bebola ini hingga bertukar warna keperangan.
Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos lada hitam. Terpulang pada cita rasa.