Rempah kari homemade memang lebih enak dan asli rasanya memandangkan tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau pengawet.
Tapi nak tahu bagaimana tahap kesedapannya kenalah cuba buat sendiri. Boleh gunakan resipi rempah kari basah yang dikongsi ini.
Bahan untuk buat rempah kari basah ikan
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
Kunyit hidup
Bahan untuk rempah kari basah daging
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
NOTA: Jika suka boleh masukkan satu batang serai yang diketuk untuk kedua rempah ini.
Buat Sendiri Rempah Kari Basah Ikan & Daging Supaya Rasa Kari Lagi ‘Padu’
Cara membuat rempah kari basah 
1. Bahan yang bertanda * dibasuh, tapis dan rendam dengan air panas selama 10 minit. Toskan.
2. Kemudian kisar bahan direndam bahan lain sehingga betul-betul halus.
3. Sedia digunakan untuk masak kari mengikut resipi anda.
Buat Sendiri Rempah Kari Basah Ikan & Daging Supaya Rasa Kari Lagi ‘Padu’
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI