Buat Sendiri Roti Bom Ni,  Puas Hati Dalam Lembut Luar Rangup.

Share

Musim PKP ni jika teringin nak makan rpti bom, tak perlulah bersusah payah keluar ke restoran mamak. Buat saja sendiri roti bom di rumah, lebih selamat, roti terjamin bersih dan sedap dan paling penting anda dapat berjimat. Jadinya kalau kebetulan anda ada buat kari ikan, daging atau ayam, buatlah lebih, simpan sikit dan boleh makan dengan roti bom yang anda buat. Macam mana cara nak buat roti bom, ikut je resipi yang rasa kongsikan ini. Senang cerita, gerenti jadi.

ROTI BOM
BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum
1 biji telur
112ml air suam
45ml minyak masak
1 sudu makan susu tepung
1/4 haram halus
Sedikit marjerin/ minyak untuk menguli dan oles.

CARA MEMBUAT:

  1. Dalam mangkuk adunan masukkan air, minyak masak dan telur, adun rata menggunakan wisker atau spatula.
  2. Masukkan bahan kering, tepung dan susu tepung, uli hingga rata. Dan tidak melekat di tangan.
  3. Bulat-bulatkan mengadi 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
  4. Oleskan adunan yang telah dibulatkan dengan mentega, kemudian letakkan atas loyang yang telah disapukan minyak.
  5. Tutup dengan plastik wrap loyang, biarkan selama 1 jam atau lebih.
  6. Selepas 1 jam, sapukan papan pencanai dengan minyak dan canai dengan menekan-nekan menggunakan hujung jari yang telah disapu dengan mentega hingga nipis.
  7. Kemudian gulung kedua-dua belah hujung dan bertemu di tengah dan bulatkan bentuknya, lakukan hingga habis.
  8. Panaskan kuali dengan sapukan sedikit minyak atau mentega. Leperkan adunan tadi lebih kurang 0.5cm.
  9. Goreng atas api perlahan, dan balik-balikkan hingga mendapat hasil roti yang keperangan, garing diluar dan lembut di dalam. Lakukan hingga habis.
  10. Roti Bom sedia dihidangkan dengan kuah pilihan anda.

By @aniktriwina

Published by
webadmin