Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.
Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.
1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata. 2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam. 3. Adun rata hingga jadi macam doh. 4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.
5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.
6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda ye.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal. 8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu atas muka doh.
Ads
9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit. 10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit. 11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.
*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap. *Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni. *Kalau ada mixeratau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer. *Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau. *Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.
Mi calong bahan ramuan dari mi lidi adalah masakan mudah yang popular di Terengganu dan Pahang, tidak memerlukan bahan yang banyak dan paling penting bebola ikan fresh buat sendiri! Supnya aje sudah cukup membuatkan kita nak menghirup berkali-kali
MI CALONG
BAHAN-BAHAN:
Mi lidi LongFong
Lada hitam biji segenggam nak berasap lagi boleh tambah lagi.
Bawang Merah sesuka hati nak banyak mana | 5 ulas dah okay
Bawang putih sesuka hati nak banyak mana | 3- 4 ulas
CARA MEMASAK:
1. Mi lidi dicelur terlebih dahulu jangan lembut sangat sebab nanti nak masukkan sekali dalam kuah. Toskan. Letak tepi dulu. 2. Tumbuk lumat lada hitam biji. 3. Masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk sekali dengan lada hitam tadi. Guna lesung untuk rasa lebih asli. 4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis segala bahan yang ditumbuk sampai dapur bau semerbak dgn tumisan bawang lada hitam 5. Letak air dalam tumisan tadi. Ikut nak kuah banyak mana. Biarkan menggelegak.
Sementara tunggu menggelegak tu, kita siapkan bahan seterusnya :
Ikan tenggiri/ikan selayang
Sawi
1. Asingkan isi ikan mentah dari tulangnya. Tumbuk dalam lesung yang sama kita guna untuk tumbuk bawang lada hitam tadi.
2. Jangan basuh dulu lesung yang tumbuk bawang nanti boleh terus guna untuk tumbuk isi ikan pulak.
3. Isi ikan mentah yang dah lumat tu tambahkan dengan sedikit garam dan gaul sebati.
4. Bulat bulatkan isi ikan mentah sebesar hujung ibu jari .
5. Masukkan bebola ikan mentah dalam kuah yang tengah menggelegak tadi. Masukkan mi lidi yg dicelur tadi.
6. Akhir sekali masukkan sawi.
Nota: Boleh jugak guna bebola ikan ini untuk masuk dalam tumis sawi. Bahan sama jugak. Bawang dengan lada hitam tumis dulu, masukkan air, masukkan fucuk dan bebola. Masukkan suhun dgn sawi. Siap boleh buat lauk makan dengan nasi
Jom cuba masak Gulai Kunyit Lengkuas ni! Ikan Ayo / Ikan Aya / Ikan Tongkol sememangnya sangat sedap. Boleh dimasak perlbagai cara namun jika di Kelantan, salah satu resipi yang sedap dimasak menggunakan ikan ini adalah Gulai Kunyit Lengkuas @ Gulai Kuning Nasi Berlauk. Sangat enak dimakan bersama nasi putih panas dan juga sambal. Nak cuba? Saudara Syazwan Ahmadada kongsikan resipi yang beliau perolehi dari mak pengantin sewaktu makan kenduri di Kelantan. Pasti sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN AYO / IKAN AYA/ IKAN TONGKOL KELANTAN
1.Bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan-bahan lain.
2. Rebus guna api perlahan hingga ikan masak dan pejal. Untuk rasa lebih sedap, ikan boleh direbus sebelah malam. Esok pagi baru dimasak gulai. Barulah rasa lebih enak.
BAHAN KUAH:
10 tangkai cili kering – gunting buang biji, rebus & kisar halus – beli online disini
1 mangkuk santan – lebihkan jika suka rasa lebih lemak
Kacang panjang
Lada solok
Garam & gula nise secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan santan dan bahan kuah yang sudah dikisar. Masak seketika guna api perlahan.
2. Masukkan garam dan gula nise secukupnya.
3. Bila kuah hampir mendidih, masukkan ikan ayo kurik yang sudah direbus. Masak lagi hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang dan lada solok. Biar sayur masak dan lembut.
5. Rasa kuahnya, jika sudah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
INFO: Resipi Gulai Ikan Ayo ini tidak ditumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya dimakan dengan Nasi Dagang. Empunya resipi buat untuk makan sarapan pagi.
Kehidupan seharian ada kala membuatkan kita dah penat nak memasak. Jangan risau, RASA kongsikan resipi lauk yang simple tapi sedap nak dimakan. Balik ke rumah selepas seharian bekerja, memang meletihkan. Nak masak macam-macam memang tak sempat. Nak senang, masak je sotong macam ni. Settle makan malam.
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
.
BAHAN-BAHAN
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis
CARA MEMBUAT
1. Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
2. Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
3. Sediakan bahan-bahan lainnya.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
7. Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.