Buat Sendiri Roti Di Rumah, Lembut & Gebu Macam Roti Bakeri

Share

Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.

Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.

RESIPI CARA BUAT ROTI HOMEMADE LEMBUT

BAHAN-BAHAN:

1 cawan susu suam
1/4 cawan gula @ 50gram – beli online DI SINI
1 biji telur gred A
3 cawan tepung serbaguna – beli online DI SINI
3 sudu kecil yis – beli online DI SINI
1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
1/4 cawan marjerin/mentega dicairkan (50gram) – beli online DI SINI

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma

TONTON Minit Ekspress: Roti Canai Sosej 

CARA-CARA:

1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam.
3. Adun rata hingga jadi macam doh.
4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.


5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda

ye.


7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal.
8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu

atas muka doh.


9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit.
10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit.
11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.

*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap.
*Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni.
*Kalau ada mixer atau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer.
*Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau.
*Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff